Sunday 1 June 2014
CHAPTER FOUR.
Telefon Sarah
berdering ketika dia sedang membuat kerja pada pukul 1:34 pagi itu. Dia
mengambil telefonnya dan tekan butang hijau.
“Hello !”Sarah memulakan perbualan
ditalian. Ada juga yang menelefonnya pada pagi buta macam ni.
“………”Tiada sebarang jawapan. Sarah
melihat skrin telefonnya. Ni nombor Syafiq ni …
“Syafiq … tak payah risau pasal saya.
Saya dah tau. Cakaplah apa yang awak nak cakap.”Sarah menahan air matanya. Dia
bersabar dan menunggu jawapan dari talian sana.
“Maafkan saya, Sarah. Saya bersalah sebab tak
bagitau awak haritu. Masa saya marahkan awak dan minta putus hubungan kawan.
Saya minta maaf ….”Kedengaran suara Syafiq yang begitu lemah ditalian. Sarah
bimbang.
“Syafiq ! Aku pergi bilik kau tau !”Sarah
segera menyarung tudung sarungnya dikepala. Sebelum itu, dia melihat dirinya.
Seluar track hitam dan baju lengan panjang berwarna purple. Setelah itu, dia
terus keluar dari bilik. Dia mengunci biliknya dari luar.Sarah berlari ke bilik
Syafiq dengan segera.
‘Syafiq … aku maafkan
kau. Tapi, lainkali, bagitaulah awal-awal !’
Sarah melihat bilik
Syafiq ada beberapa guru dan pelajar disitu.Dia terus menghampiri.
“Teacher … what’s wrong ?”Sarah bertanya
kepada salah satu guru disitu.Guru itu menggeleng.Sarah menyelitkan dirinya
dikalangan guru dan pelajar itu. Dia melihat Syafiq sedang berpeluh dan mukanya
pucat. Sarah terus berjalan menghampiri Syafiq yang terbaring lemah dikatilnya
itu.
“Sarah…. Maafkan aku… aku rasa hidup aku
tak lama. Maafkan aku, Sarah. Aku mencintai kau seumur hidup aku sampailah aku
mati. Tapi, aku rasa kita tak ada jodoh. Aku harap kau bahagia, Sarah. Aku akan
sentiasa memerhatikan kau dan jaga kau dari sana.”Syafiq memegang pipi Sarah.
Sarah tidak peduli lagi dan dia menangis sepuas hatinya. Syafiq memberi Sarah
sepucuk surat.
“Sarah …. Aku sentiasa ingat kenangan
kita masa kecil. Kita selalu bergembira. Kemana aku pergi, kau pun ada. Aku
sentiasa melindungi kau. Tapi, tidak harini, tidak semalam …. Aku tak menjaga kau.
Aiman …. Aiman sekarang menjaga kau. Masa aku tak banyak lagi. Kalau kau tak
puas, bacalah surat yang ada kat dalam sampul tu. Sarah, …. I’m really sorry
and I love you so much …”Syafiq memejamkan matanya sambil tersenyum. Sarah
mengoncang-goncangkan badan Syafiq. Dia tidak mempercayai. Dia bersama Syafiq
hanya sekejap. Tidak sampai 30 tahun pun. Sarah mengoncang tubuh Syafiq lagi.
“Syafiq !! Syafiq …. Syafiq !!! Tak
!”Sarah menangis dan menggenggam tangan Syafiq dengan erat. Aiman yang baru
datang hanya melihat. Dia juga turut menangis.
Pagi nanti, ibubapa
arwah Syafiq dan ibubapa Sarah akan sampai. Sarah dan Aiman hanya duduk
dibangku taman universiti mereka. Mereka berdua ,guru-guru dan pelajar yang
terlibat sahaja yang tidak tidur ketika ini. Aiman melihat jam tangannya. Pukul
4:50 pagi. Sarah masih tersedu-sedu. Dia harus reda dengan pemergian Syafiq.
Tetapi, dia masih tidak mempercayainya. Adakah selama ni Syafiq merahsiakan
perkara ni dari pengetahuannya ? Ah !
“Sarah …. Aku tau kau tengah runsing
sekarang ni .. apa kata kau baca je surat tu dulu. Mungkin akan hilang sikit
runsing kau tu..”Sarah menggangguk. Dia mengoyakkan setengah bahagian sampul
itu dan dia mengeluarkan sehelai kertas didalamnya.
Sarah membacanya
dengan tekun.
Untuk Sarah,
Maafkan aku, Sarah. Aku
rasa bersalah sebab tak bagitahu kau yang aku ada penyakit yang serius.
Sebenarnya, penyakit ni ada sejak aku kecil lagi. Aku pun tak tahu ini penyakit
apa. Yang tahu , hanyalah ibubapa kau je. Aku sengaja tak nak bagitahu kau.
Takut kau akan pergi jauh dari hidup aku. Sebab aku mencintai kaulah aku tak
nak bagitahu kau tentang penyakit aku.Sarah… aku jugak nak bagitahu kau, yang
Aiman tu saudara akulah. Kitaorang berpura-pura tak kenal dan sebenarnya aku
dengan dia baru berjumpa tahun ni. Dia jugak suruh bagitahu aku siapa perempuan
yang selalu rapat dengan aku tu. Aku bagitahu jelah. Dia kata kau cantik.
Famous jugak kau ! Tapi, kan aku jugak pernah berangan nak jadi suami kau.Tapi,
aku rasa angan-angan aku tu jadi angan jelah. Maaf ya…
Sarah … penyakit aku
tu bukan mak ayah aku je yang tahu, mak ayah kau pun tahu jugak. Aku suruh mak
ayah kau rahsiakannya. Maaf sekali lagi. Aku nak kau selalu bahagia dalam hidup
kau. Si Aiman tu sukakan kaulah, Sarah. Dia pernah bagitahu aku yang dia
cintakan kau sejak pertama kali jumpa. Cinta pandang pertama lah katakan J.
Tapi, aku tak kisah. Asalkan kau bahagia. Kau pilih jelah dia. Dia baik,
pandai, kaya … handsome pulak tu ! Lebih kurang macam akulah. Sarah … aku
betul-betul akan jaga kau kat sana. Aku janji. Sebab aku cintakan kau
sangat-sangat ! Aku harap kau selalu doakan aku kat sana J. Sarah … janji
dengan aku yang kau akan pilih jalan yang terbaik untuk hidup kau ! Sarah , aku
masih ada masa kau tengah menangis sorang-sorang kat tempat yang sunyi tu. Aku
dengan Aiman ada masa tu. Aku suruh Aiman pergi dekat kau. Aku rasa bersalah
masa tu. Aku pun tak sanggup nak putus kawan dengan kau L. Masa tu juga, aku
dapat rasa penyakit aku dah datang. Muka aku jugak dah pucat. Orang sekeliling
asyik pandang aku je. Kesian dengan aku agaknya. Sarah sepanjang malam tu, aku
tak dapat nak lupakan kau J.Aku berasa bangga dapat kawan macam kau. Kawan
pertama dan cinta pertama aku … Selamat tinggal, Sarah Syafiqah.
|Syafiq
|
Dari Syafiq Safwan.
Sarah terharu.
Tetapi, Aiman yang berada disebelahnya hanya berdehem-dehem. Pasti dia juga
membacanya. Darahnya mengalir keseluruh mukanya. Sarah menekup mukanya dengan
tangan. Dia tidak pasti adakah itu tindakan dia atau tangan dia yang bergerak
sendiri ? Sehelai kertas itu melayang jatuh ke tanah. Aiman mengambilnya dan
memberikan kertas itu pada Sarah. Kertas itu sudah bertukar tangan.Sarah
memasukkan sehelai kertas itu didalam sampulnya semula. ‘Apsal muka aku panas
semacam je ni ? Malu ke ?’ Sarah menggeleng-geleng. Tindakannya itu
diperhatikan oleh Aiman yang berada disebelahnya. ‘Ada-ada aja si Sarah ni ..’
“Sarah … betul ke awak redha dengan
pemergian Syafiq ? Saya redha aja.”Aiman menahan tangisnya. Sarah juga begitu.
Kehilangan seseorang yang paling membahagiakan hidupnya amat perit. Tetapi,
perlu juga redha dengan apa yang berlaku. Semuanya ketentuan-Nya. Sarah
menggangguk.
Selama beberapa puluh minit
berdiam, ….
“Sarah ! Sarah !!” Mamanya, Tan Sri
Syaqirah menjerit memanggil-manggil namanya dari jauh. Sarah dan Aiman bangun
dan berjalan ke arah mereka. Sarah memeluk mamanya dengan erat. Tan Sri
Syaqirah memahami perasaan anak tunggalnya itu. Pasti amat perit untuk Sarah.
“Aiman ?? Macam mana Aiman ada dekat sini
?” Sarah bingung. Mama kenal dengan Aiman ?
“Aiman dapat universiti kat sini
jugak. Kebetulan jumpa arwah Syafiq dengan Sarah ni.” Aiman menyalam tangan
wanita yang bernama Tan Sri Syaqirah itu.
“Mmm … Macam mana mama kenal dengan
Aiman ?” Sarah berasa tertanya-tanya dalam hatinya. Akhirnya, diluahkan juga.
“La … takkan kamu tak perasan ? Aiman
selalu ziarah keluarga kita. Tulah ! Asyik dengan bilik aja !” Sarah hanya diam
dan mengembangkan mulutnya. Aiman tergelak kecil.
Comel betul bila
Sarah buat macam tu !
“Aunty, mana Tan Sri Ahmad dengan papa
mama arwah Syafiq ?” tanya Aiman. Kelibat orang yang dimaksudkannya itu tiada
lagi. Sarah juga menunggu jawapan dari mulut mamanya.
“Beli makanan kejap. Nanti sampai lah
tu. Sarah ….”Tan Sri Syaqirah memandang muka anaknya yang kelihatan sembap itu.
Mesti anaknya ini menangis semahu-mahunya. Aiman bermuka sayu.
“Sarah … dan Aiman …. Baik-baik ya
dekat universiti ni. Sekarang, kamu berdua berkawanlah. Mama nak kamu ada
semangat sikit masa belajar. Aiman boleh tolong kamu buat kerja yang kamu tak
faham.”Tan Sri Syaqirah merenung anaknya lagi. Sarah memeluk mamanya dengan
erat. Aiman hanya memerhati.
Budak manja !
“Ha ! Tu mesti mak
dengan ayah arwah Syafiq !” Aiman bangun dari duduknya. Sarah merenung ke
lantai. Pasti mama dan papa Syafiq sedih dengan kejadian ni.
“Aiman ! Sarah !” Mereka melambai dari
jauh. Aiman membalas lambaian itu, tetapi, Sarah masih merenung lantai yang
tidak sebersih mana.Tan Sri Syaqirah menggeleng.
“Sarah !” Sarah mengangkat kepalanya.
Ayah !!
Sarah berlari
mendapatkan ayahnya. Dia memeluk ayahnya pula. Ayahnya membalas pelukan. Sarah
… Sarah
“Sarah … sudahlah tu… kamu harus redha.
Ya ?” Tan Sri Ahmad mengusap lembut kepala anaknya yang ditutupi tudung sarung
itu. Tan Sri Zulaikha dan Tan Sri Akmal melihat Sarah dengan pandangan sayu.
“Ya , Sarah… Kamu harus redha dengan
pemergian arwah Syafiq. Mak Zu tengok
mata kamu tu dah sembap dah. Sudahlah tu, Sarah…Mak Zu tengok pun, Mak Zu nak
nangis dah.”Itulah panggilan Tan Sri Zulaikha padanya.
“Pak Mal pun nak nangis ni. Huhu
..”Sarah tergelak kecil. Boleh pulak gelak time macam ni.. ada-ada je Mak Zu
dengan Pak Mal.
“Aiman ? Kebetulan jumpa kat sini ! Apa
khabar ? Baik ? Mak macam mana ?” Aiman menyalami tangan Tan Sri Zulaikha, Tan
Sri Akmal dan ayah Sarah, Tan Sri Ahmad. Sarah juga berbuat begitu. Dia hampir
terlupa.
“Baik je, Mak Zu. Mak dan ayah pun
sihat alhamdulillah.” Aiman tersenyum tapi matanya tertumpu pada Sarah. Mak Zu
pelik. Cakap dengan kita tapi, pandang tempat lain. Mak Zu memandang ke arah
mata Aiman. Hm .. dah agak dah ! Budak ni !
Akhirnya, selepas
beberapa jam .. Jenazah Syafiq dibawa pulang oleh keluarganya dan keluarga
Sarah. Mereka menaiki kapal terbang peribadi sendiri. Memang kaya betul diorang
ni ! Sarah dan Aiman masih menyambung pelajaran. Bilik Syafiq pula dibiarkan
kosong sehingga ada penghuni yang hendak berpindah kebilik itu.
“Sarah … mama dan ayah balik dulu, ye
sayang. Jaga diri baik-baik. Assalamualaikum..” Tan Sri Syaqirah mengucup dahi
Sarah. Sarah menyalami tangan kedua ibubapanya dan ibubapa arwah. Aiman juga
begitu. Sarah hanya menjawab salam dalam hati.
“Aiman, boleh tolong aunty sekejap.” Tan
Sri Syaqirah memanggil Aiman jauh sedikit dari tempat mereka berkumpul.
“Ya, aunty. Aiman boleh tolong apa ?”
Aiman berasa pelik. Pasti sesuatu yang penting hendak dibicarakan.
“Boleh Aiman tolong jagakan Sarah ?”
Aiman terkedu. Jaga ?
Dia pasti, mama Sarah
mahu dia menjaga Sarah seperti arwah Syafiq menjaga Sarah.
“Insyallah, aunty. Aiman pasti akan
menjaga Sarah. Aunty jangan risau.” Aiman senyum sambil memandang Sarah yang
terkebil-kebil memandangnya juga. ‘Apa kena mamat tu ? Pandang-pandang aku
lepas tu senyum-senyum macam kerang busuk. Bisik-bisik pulak tu ! Ada yang tak
kena ni !’
Sarah melambaikan
tangannya ke arah keluarganya yang hendak berlepas dari lapangan kapal terbang.
Aiman dan Sarah pulang dengan menaiki kereta Aiman.
“Aiman . Apa yang mama cakap pada kau ?”
Sarah mula memakai tali keledar. Aiman menggeleng.
“Yeke tak ada cakap apa-apa ? Tadi, kau
senyum-senyum kat aku tadi tu ….”Sarah memandang tingkap yang berada disebelahnya.
Soalan itu dibiarkan berlalu. Setelah lama berdiam, Aiman memulakan bicaranya.
“Nanti, kita pergi taman nak ? Boleh
ambil angin sekejap. Lagipun, guru-guru kat universiti tu kata kita berdua je
yang boleh cuti harini. Kita tak ada kelas sampai lusa. Boleh eh ? Tak lama pun
…” Sarah tersenyum kelat.
“Yelah … lagipun, kalau duduk dalam
bilik tak buat apa-apa, bosan jugak. Boleh ambil udara segar sikit.” Sarah
menjawabnya dengan tenang. Dia terfikir, kalau dia asyik memerap dalam bilik tu,
baik dia keluar ambil angin. Baru tak pedih sangat.
Aiman senyum sehingga ke telinga. Rasa
dalam hatinya sekarang ni, tengah berbunga. Dalam hati, ada taman lah katakan.
Kalau tak ada taman, tidaklah dia seceria ni.Aiman melajukan pemanduannya tetapi,
tidaklah sampai tahap maksimum.
BERSAMBUNG ...
Labels: BoyORBodyguard