redxky's novel
Boyfriend or
Bodyguard?
Sunday, 1 June 2014
Boyfriend or Bodyguard ?
( dont ya copy all these words !)
CHAPTER FOUR.
Telefon Sarah
berdering ketika dia sedang membuat kerja pada pukul 1:34 pagi itu. Dia
mengambil telefonnya dan tekan butang hijau.
“Hello !”Sarah memulakan perbualan
ditalian. Ada juga yang menelefonnya pada pagi buta macam ni.
“………”Tiada sebarang jawapan. Sarah
melihat skrin telefonnya. Ni nombor Syafiq ni …
“Syafiq … tak payah risau pasal saya.
Saya dah tau. Cakaplah apa yang awak nak cakap.”Sarah menahan air matanya. Dia
bersabar dan menunggu jawapan dari talian sana.
“Maafkan saya, Sarah. Saya bersalah sebab tak
bagitau awak haritu. Masa saya marahkan awak dan minta putus hubungan kawan.
Saya minta maaf ….”Kedengaran suara Syafiq yang begitu lemah ditalian. Sarah
bimbang.
“Syafiq ! Aku pergi bilik kau tau !”Sarah
segera menyarung tudung sarungnya dikepala. Sebelum itu, dia melihat dirinya.
Seluar track hitam dan baju lengan panjang berwarna purple. Setelah itu, dia
terus keluar dari bilik. Dia mengunci biliknya dari luar.Sarah berlari ke bilik
Syafiq dengan segera.
‘Syafiq … aku maafkan
kau. Tapi, lainkali, bagitaulah awal-awal !’
Sarah melihat bilik
Syafiq ada beberapa guru dan pelajar disitu.Dia terus menghampiri.
“Teacher … what’s wrong ?”Sarah bertanya
kepada salah satu guru disitu.Guru itu menggeleng.Sarah menyelitkan dirinya
dikalangan guru dan pelajar itu. Dia melihat Syafiq sedang berpeluh dan mukanya
pucat. Sarah terus berjalan menghampiri Syafiq yang terbaring lemah dikatilnya
itu.
“Sarah…. Maafkan aku… aku rasa hidup aku
tak lama. Maafkan aku, Sarah. Aku mencintai kau seumur hidup aku sampailah aku
mati. Tapi, aku rasa kita tak ada jodoh. Aku harap kau bahagia, Sarah. Aku akan
sentiasa memerhatikan kau dan jaga kau dari sana.”Syafiq memegang pipi Sarah.
Sarah tidak peduli lagi dan dia menangis sepuas hatinya. Syafiq memberi Sarah
sepucuk surat.
“Sarah …. Aku sentiasa ingat kenangan
kita masa kecil. Kita selalu bergembira. Kemana aku pergi, kau pun ada. Aku
sentiasa melindungi kau. Tapi, tidak harini, tidak semalam …. Aku tak menjaga kau.
Aiman …. Aiman sekarang menjaga kau. Masa aku tak banyak lagi. Kalau kau tak
puas, bacalah surat yang ada kat dalam sampul tu. Sarah, …. I’m really sorry
and I love you so much …”Syafiq memejamkan matanya sambil tersenyum. Sarah
mengoncang-goncangkan badan Syafiq. Dia tidak mempercayai. Dia bersama Syafiq
hanya sekejap. Tidak sampai 30 tahun pun. Sarah mengoncang tubuh Syafiq lagi.
“Syafiq !! Syafiq …. Syafiq !!! Tak
!”Sarah menangis dan menggenggam tangan Syafiq dengan erat. Aiman yang baru
datang hanya melihat. Dia juga turut menangis.
Pagi nanti, ibubapa
arwah Syafiq dan ibubapa Sarah akan sampai. Sarah dan Aiman hanya duduk
dibangku taman universiti mereka. Mereka berdua ,guru-guru dan pelajar yang
terlibat sahaja yang tidak tidur ketika ini. Aiman melihat jam tangannya. Pukul
4:50 pagi. Sarah masih tersedu-sedu. Dia harus reda dengan pemergian Syafiq.
Tetapi, dia masih tidak mempercayainya. Adakah selama ni Syafiq merahsiakan
perkara ni dari pengetahuannya ? Ah !
“Sarah …. Aku tau kau tengah runsing
sekarang ni .. apa kata kau baca je surat tu dulu. Mungkin akan hilang sikit
runsing kau tu..”Sarah menggangguk. Dia mengoyakkan setengah bahagian sampul
itu dan dia mengeluarkan sehelai kertas didalamnya.
Sarah membacanya
dengan tekun.
Untuk Sarah,
Maafkan aku, Sarah. Aku
rasa bersalah sebab tak bagitahu kau yang aku ada penyakit yang serius.
Sebenarnya, penyakit ni ada sejak aku kecil lagi. Aku pun tak tahu ini penyakit
apa. Yang tahu , hanyalah ibubapa kau je. Aku sengaja tak nak bagitahu kau.
Takut kau akan pergi jauh dari hidup aku. Sebab aku mencintai kaulah aku tak
nak bagitahu kau tentang penyakit aku.Sarah… aku jugak nak bagitahu kau, yang
Aiman tu saudara akulah. Kitaorang berpura-pura tak kenal dan sebenarnya aku
dengan dia baru berjumpa tahun ni. Dia jugak suruh bagitahu aku siapa perempuan
yang selalu rapat dengan aku tu. Aku bagitahu jelah. Dia kata kau cantik.
Famous jugak kau ! Tapi, kan aku jugak pernah berangan nak jadi suami kau.Tapi,
aku rasa angan-angan aku tu jadi angan jelah. Maaf ya…
Sarah … penyakit aku
tu bukan mak ayah aku je yang tahu, mak ayah kau pun tahu jugak. Aku suruh mak
ayah kau rahsiakannya. Maaf sekali lagi. Aku nak kau selalu bahagia dalam hidup
kau. Si Aiman tu sukakan kaulah, Sarah. Dia pernah bagitahu aku yang dia
cintakan kau sejak pertama kali jumpa. Cinta pandang pertama lah katakan J.
Tapi, aku tak kisah. Asalkan kau bahagia. Kau pilih jelah dia. Dia baik,
pandai, kaya … handsome pulak tu ! Lebih kurang macam akulah. Sarah … aku
betul-betul akan jaga kau kat sana. Aku janji. Sebab aku cintakan kau
sangat-sangat ! Aku harap kau selalu doakan aku kat sana J. Sarah … janji
dengan aku yang kau akan pilih jalan yang terbaik untuk hidup kau ! Sarah , aku
masih ada masa kau tengah menangis sorang-sorang kat tempat yang sunyi tu. Aku
dengan Aiman ada masa tu. Aku suruh Aiman pergi dekat kau. Aku rasa bersalah
masa tu. Aku pun tak sanggup nak putus kawan dengan kau L. Masa tu juga, aku
dapat rasa penyakit aku dah datang. Muka aku jugak dah pucat. Orang sekeliling
asyik pandang aku je. Kesian dengan aku agaknya. Sarah sepanjang malam tu, aku
tak dapat nak lupakan kau J.Aku berasa bangga dapat kawan macam kau. Kawan
pertama dan cinta pertama aku … Selamat tinggal, Sarah Syafiqah.
|Syafiq
|
Dari Syafiq Safwan.
Sarah terharu.
Tetapi, Aiman yang berada disebelahnya hanya berdehem-dehem. Pasti dia juga
membacanya. Darahnya mengalir keseluruh mukanya. Sarah menekup mukanya dengan
tangan. Dia tidak pasti adakah itu tindakan dia atau tangan dia yang bergerak
sendiri ? Sehelai kertas itu melayang jatuh ke tanah. Aiman mengambilnya dan
memberikan kertas itu pada Sarah. Kertas itu sudah bertukar tangan.Sarah
memasukkan sehelai kertas itu didalam sampulnya semula. ‘Apsal muka aku panas
semacam je ni ? Malu ke ?’ Sarah menggeleng-geleng. Tindakannya itu
diperhatikan oleh Aiman yang berada disebelahnya. ‘Ada-ada aja si Sarah ni ..’
“Sarah … betul ke awak redha dengan
pemergian Syafiq ? Saya redha aja.”Aiman menahan tangisnya. Sarah juga begitu.
Kehilangan seseorang yang paling membahagiakan hidupnya amat perit. Tetapi,
perlu juga redha dengan apa yang berlaku. Semuanya ketentuan-Nya. Sarah
menggangguk.
Selama beberapa puluh minit
berdiam, ….
“Sarah ! Sarah !!” Mamanya, Tan Sri
Syaqirah menjerit memanggil-manggil namanya dari jauh. Sarah dan Aiman bangun
dan berjalan ke arah mereka. Sarah memeluk mamanya dengan erat. Tan Sri
Syaqirah memahami perasaan anak tunggalnya itu. Pasti amat perit untuk Sarah.
“Aiman ?? Macam mana Aiman ada dekat sini
?” Sarah bingung. Mama kenal dengan Aiman ?
“Aiman dapat universiti kat sini
jugak. Kebetulan jumpa arwah Syafiq dengan Sarah ni.” Aiman menyalam tangan
wanita yang bernama Tan Sri Syaqirah itu.
“Mmm … Macam mana mama kenal dengan
Aiman ?” Sarah berasa tertanya-tanya dalam hatinya. Akhirnya, diluahkan juga.
“La … takkan kamu tak perasan ? Aiman
selalu ziarah keluarga kita. Tulah ! Asyik dengan bilik aja !” Sarah hanya diam
dan mengembangkan mulutnya. Aiman tergelak kecil.
Comel betul bila
Sarah buat macam tu !
“Aunty, mana Tan Sri Ahmad dengan papa
mama arwah Syafiq ?” tanya Aiman. Kelibat orang yang dimaksudkannya itu tiada
lagi. Sarah juga menunggu jawapan dari mulut mamanya.
“Beli makanan kejap. Nanti sampai lah
tu. Sarah ….”Tan Sri Syaqirah memandang muka anaknya yang kelihatan sembap itu.
Mesti anaknya ini menangis semahu-mahunya. Aiman bermuka sayu.
“Sarah … dan Aiman …. Baik-baik ya
dekat universiti ni. Sekarang, kamu berdua berkawanlah. Mama nak kamu ada
semangat sikit masa belajar. Aiman boleh tolong kamu buat kerja yang kamu tak
faham.”Tan Sri Syaqirah merenung anaknya lagi. Sarah memeluk mamanya dengan
erat. Aiman hanya memerhati.
Budak manja !
“Ha ! Tu mesti mak
dengan ayah arwah Syafiq !” Aiman bangun dari duduknya. Sarah merenung ke
lantai. Pasti mama dan papa Syafiq sedih dengan kejadian ni.
“Aiman ! Sarah !” Mereka melambai dari
jauh. Aiman membalas lambaian itu, tetapi, Sarah masih merenung lantai yang
tidak sebersih mana.Tan Sri Syaqirah menggeleng.
“Sarah !” Sarah mengangkat kepalanya.
Ayah !!
Sarah berlari
mendapatkan ayahnya. Dia memeluk ayahnya pula. Ayahnya membalas pelukan. Sarah
… Sarah
“Sarah … sudahlah tu… kamu harus redha.
Ya ?” Tan Sri Ahmad mengusap lembut kepala anaknya yang ditutupi tudung sarung
itu. Tan Sri Zulaikha dan Tan Sri Akmal melihat Sarah dengan pandangan sayu.
“Ya , Sarah… Kamu harus redha dengan
pemergian arwah Syafiq. Mak Zu tengok
mata kamu tu dah sembap dah. Sudahlah tu, Sarah…Mak Zu tengok pun, Mak Zu nak
nangis dah.”Itulah panggilan Tan Sri Zulaikha padanya.
“Pak Mal pun nak nangis ni. Huhu
..”Sarah tergelak kecil. Boleh pulak gelak time macam ni.. ada-ada je Mak Zu
dengan Pak Mal.
“Aiman ? Kebetulan jumpa kat sini ! Apa
khabar ? Baik ? Mak macam mana ?” Aiman menyalami tangan Tan Sri Zulaikha, Tan
Sri Akmal dan ayah Sarah, Tan Sri Ahmad. Sarah juga berbuat begitu. Dia hampir
terlupa.
“Baik je, Mak Zu. Mak dan ayah pun
sihat alhamdulillah.” Aiman tersenyum tapi matanya tertumpu pada Sarah. Mak Zu
pelik. Cakap dengan kita tapi, pandang tempat lain. Mak Zu memandang ke arah
mata Aiman. Hm .. dah agak dah ! Budak ni !
Akhirnya, selepas
beberapa jam .. Jenazah Syafiq dibawa pulang oleh keluarganya dan keluarga
Sarah. Mereka menaiki kapal terbang peribadi sendiri. Memang kaya betul diorang
ni ! Sarah dan Aiman masih menyambung pelajaran. Bilik Syafiq pula dibiarkan
kosong sehingga ada penghuni yang hendak berpindah kebilik itu.
“Sarah … mama dan ayah balik dulu, ye
sayang. Jaga diri baik-baik. Assalamualaikum..” Tan Sri Syaqirah mengucup dahi
Sarah. Sarah menyalami tangan kedua ibubapanya dan ibubapa arwah. Aiman juga
begitu. Sarah hanya menjawab salam dalam hati.
“Aiman, boleh tolong aunty sekejap.” Tan
Sri Syaqirah memanggil Aiman jauh sedikit dari tempat mereka berkumpul.
“Ya, aunty. Aiman boleh tolong apa ?”
Aiman berasa pelik. Pasti sesuatu yang penting hendak dibicarakan.
“Boleh Aiman tolong jagakan Sarah ?”
Aiman terkedu. Jaga ?
Dia pasti, mama Sarah
mahu dia menjaga Sarah seperti arwah Syafiq menjaga Sarah.
“Insyallah, aunty. Aiman pasti akan
menjaga Sarah. Aunty jangan risau.” Aiman senyum sambil memandang Sarah yang
terkebil-kebil memandangnya juga. ‘Apa kena mamat tu ? Pandang-pandang aku
lepas tu senyum-senyum macam kerang busuk. Bisik-bisik pulak tu ! Ada yang tak
kena ni !’
Sarah melambaikan
tangannya ke arah keluarganya yang hendak berlepas dari lapangan kapal terbang.
Aiman dan Sarah pulang dengan menaiki kereta Aiman.
“Aiman . Apa yang mama cakap pada kau ?”
Sarah mula memakai tali keledar. Aiman menggeleng.
“Yeke tak ada cakap apa-apa ? Tadi, kau
senyum-senyum kat aku tadi tu ….”Sarah memandang tingkap yang berada disebelahnya.
Soalan itu dibiarkan berlalu. Setelah lama berdiam, Aiman memulakan bicaranya.
“Nanti, kita pergi taman nak ? Boleh
ambil angin sekejap. Lagipun, guru-guru kat universiti tu kata kita berdua je
yang boleh cuti harini. Kita tak ada kelas sampai lusa. Boleh eh ? Tak lama pun
…” Sarah tersenyum kelat.
“Yelah … lagipun, kalau duduk dalam
bilik tak buat apa-apa, bosan jugak. Boleh ambil udara segar sikit.” Sarah
menjawabnya dengan tenang. Dia terfikir, kalau dia asyik memerap dalam bilik tu,
baik dia keluar ambil angin. Baru tak pedih sangat.
Aiman senyum sehingga ke telinga. Rasa
dalam hatinya sekarang ni, tengah berbunga. Dalam hati, ada taman lah katakan.
Kalau tak ada taman, tidaklah dia seceria ni.Aiman melajukan pemanduannya tetapi,
tidaklah sampai tahap maksimum.
BERSAMBUNG ...
Labels: BoyORBodyguard
Boyfriend or Bodyguard ?
( don't ya copy all these words !)
CHAPTER THREE.
“Oh .. korang kawan sejak kecik la ek …” Sarah menggangguk.
“Awak … tak tidur ke ?”Tanya Sarah. Aiman tersengih.
“Saya tak boleh tidur .. jadi , saya sengaja ambil angin .. tiba-tiba ,
nampak awak keluar dari bilik Syafiq tu .. jadi , saya tegurlah awak
..”
“Oh … awak sekelas dengan Syafiq ke ?”
“A’ah ..
tapi , saya tengok Syafiq tu macam jenis pendiam sikit lah .. saya tegur
dia .. dia senyum dan cakap ‘Hi !’ je ..”
Sarah tersenyum
menampakkan lesung pipitnya.Aiman memandang Sarah tanpa berkelip. “Tak
ada maknanya .. bagi saya pulak dia tu jenis yang banyak cakap .. tak
mungkin lah kat kelas dia tu pendiam… tapi , dia baik ..” Sarah
tersenyum lagi.Aiman hanya melihat Sarah.Sarah berasa tidak selesa
dengan pandangan yang dilemparkan oleh Aiman.
“Ai … Aiman
.. saya baru teringat yang saya ada kerja yang belum disiapkan lagi ..
kalau ada masa lagi , kita berbual lagi ye .. hm .. bye !”Sarah berjalan
laju meninggalkan Aiman seorang diri di bangku.Tapi , Aiman lebih
pantas bertindak. Dia menarik tangan Sarah dan memusingkan tubuh Sarah
menghadapnya. ‘Apa kena dengan mamat ni ? Tarik-tarik aku lagi ..’
“Sarah … saya nak bagi tahu sesuatu ..” Sarah dan Aiman bertentang mata. Sempat lagi , Aiman mengenyitkan matanya.
Sarah
memandang ke tempat lain. ‘Alamak ! Dia ni nak goda aku ke apa ? Aku
tengok dari gaya pakaian dia .. rambut dia .. macam playboy aje .. nanti
aku nak tanya Syafiq lah ..’
“Sarah .. saya suka awak ..”Aiman mengenyitkan matanya lagi.
‘Hm
.. dah agak dah ! Dahlah luahkan perasaan direct je , kenyit mata pulak
tu ! Ingatkan baik orangnya .. rupa-rupanya ,.. playboy ..’
“Maaf ye , saya nak kena balik ke bilik ..” Sarah tersenyum. Tapi , disebalik nya ..
“Nanti lah dulu , Sarah !”Aiman menarik lengan Sarah.Sarah merentap kembali lengannya.
“Awak ni ! Tak faham ke ? Saya nak balik ke bilik nak siapkan kerja saya !”Sarah sedikit menjerit.
“Memang saya tak faham ! Saya nak couple dengan awak ..”
Sarah
hanya tersenyum sinis. “Aiman .. saya tak nak couple dengan awak .. so
..awak pergilah couple dengan budak-budak perempuan yang sukakan awak
!”Sarah berlalu meninggalkan Aiman. “Tengoklah nanti .. Sarah .. saya
akan pastikan yang awak milik saya !”Aiman tersenyum.Dia berkata
sedemikian apabila Sarah sudah hilang dari pandangan.
“Sarah ! Sarah Syafiqah !” Syafiq menjerit untuk keberapa kali.
Sarah
termenung sendirian tanpa menghiraukan keadaan sekeliling
kafeteria.Syafiq mengeluh. ‘Apa kena dengan Sarah ni ? Biasanya , lain
je .. hmm .. memang ada yang tak kena ..’
“Sarah .. kau bagilah tau aku apa masalah kau ! Mana tahu , aku pun tahu ke perkara ni ..”Syafiq mengangkat keningnya.
“Memang kau tahu ..”Sarah akhirnya bersuara juga.
“Kau kenal Aiman Syakir kan ? Budak kelas kau ?”Sarah bersuara lagi.Syafiq hanya menggangguk.
“Dia tu playboy ke ? Suka bersosial ke ? Pandai ?”Sarah bertanya lagi.
“Dia tu .. memang lah playboy , bila nampak gadis cantik macam kau ni
.. mestilah dia terpikat.Dia memang suka bersosial .. lagi satu ,
mestilah dia pandai.Kalau tak pandai , buat apa masuk kelas aku .. tu
…cuba kau tengok dia kat sana ..”
Sarah hanya memandang ke
arah yang ditunjukkan oleh Syafiq.Mereka melihat Aiman sedang berbual
mesra dengan beberapa orang gadis cantik disekelilingnya. ‘Mesti
budak-budak perempuan tu budak popular .. tengok dari cara pemakaian dia
pun aku dah tahu .. tapi , diorang orang Korea ..’
Syafiq melihat Sarah hanya termenung memandang Aiman. ‘Apa yang handsome nya mamat tu ?’
“Sarah … jom ! Kita pergi jalan-jalan , nak ?” Sarah menoleh memandang
Syafiq.Sarah menggangguk.Mereka mengemaskan barang-barang mereka yang
berselerak atas meja.
‘Hm ! Diorang nak pergi mana tu ? Aku nak ikut lah .. hehehe..”
Sarah dan Syafiq berjalan di kawasan universiti mereka. Amat indah dan sejuk ! Sarah memeluk tubuh. Cuaca hari ini agak sejuk.
Syafiq hanya tersengih.
“Apa ? Kenapa kau tersengih-sengih ni ?” Sarah memandang Syafiq yang berjalan disebelahnya.
“Tak ada apa-apalah ! Saje gelak .. tu pun tak boleh ke ?”
“Tak boleh ! Lagipun , aku tak buat apa-apa !”Sarah memukul lembut bahu Syafiq. “Auch ! Sakitlah !”
“Mak ai … orang pukul lembut je , bukan kasar pun ..”Sarah
memuncung.Sambil itu , seseorang memerhatikan mereka dengan perasaan
yang bercampur baur.
“Ah ! Geramnya aku ..! Jealous plak aku tengok diorang tu … haih .. Sepadan pulak diorang berdua tu..”
Sarah
meminta kebenaran dari guru kelasnya , Park Ki Soo untuk mengambil
kerja yang suruh disiapkan. Dia terlupa hendak mengambilnya pagi tadi.
Pagi tadi , Syafiq mengajaknya membuat ulangkaji tentang pelajaran di
kafeteria.Selepas itu, mereka berjalan-jalan mengambil udara segar dalam
kawasan universiti mereka.Sarah tersenyum sendiri.Dia berlari ke
biliknya yang berada tidak jauh dari kelasnya. Sarah mengeluarkan kunci
biliknya didalam poket.Dia memulas tombol pintu biliknya dan secara
tiba-tiba , Aiman datang ke arahnya dan menariknya masuk ke dalam bilik.
Aiman menutup pintu bilik Sarah dengan perlahan.
“Apa kau buat
ni ? Keluar dari bilik aku !”Aiman tersenyum sinis. Sambil itu , Sarah
mencari sampul kertas yang tersimpan di meja belajarnya. Tak ada pun ?
Mana ? Tak silap aku .. aku letak kat meja belajar .. tak mungkin hilang
..
“Sarah .. kau cari ni ke ?” Aiman mengangkat sampul kertas
yang Sarah cari-cari ..Sarah terkejut ..Macam mana dia dapat sampul
kertas tu ? Sarah mengangkat kening kanannya.
“Dari mana aku
dapat benda ni , kau tak payah nak tanya .. tu tak penting .. kau nak ke
tak nak sampul kertas ni ?”Sarah melompat-lompat hendak mengambil
sampul kertasnya itu.
“Hm ! Kalau kau nak ni , kau kena setuju
jadi awek aku dulu .. baru aku bagi benda ni ..”Aiman tersenyum.Sarah
tidak mahu mengalah.
“Hm .. Miss Park , can I ..”
“Yes ,
but , she is not in my class right now . She said that she want to go
to her room for a while.” Syafiq hanya menggangguk.
Syafiq berlalu meninggalkan kelas Sarah dan pergi mencari Sarah dibiliknya.
“Bagilah
balik !!”Air mata Sarah hampir jatuh disebabkan lelaki dihadapannya
ini. Tak boleh bazirkan air matanya yang mahal ini disebabkan lelaki ini
! Harus kuat !
“Tak boleh ! Tak boleh !”Aiman mengejeknya dan
menjelirkan lidah pada Sarah.Sarah berasa geram lalu menolak Aiman ke
katilnya dan Aiman menariknya sekali. Sarah amat terkejut. Aiman
mengucup pipinya dan sampul kertas itu menutup muka mereka berdua.Sarah
terus bangun dan merampas sampul kertas itu dari tangan Aiman.Aiman
tergelak kecil lalu meragut tangan Sarah hingga Sarah terdorong
kebelakang.Aiman mengambil peluang itu dan memeluk Sarah dari belakang.
“Lepas … lah !”Sarah meronta-ronta hendak melepaskan dirinya.Aiman
masih memeluknya.Tiba-tiba , pintu bilik Sarah terbuka dan Sarah melihat
Syafiq yang membuka pintunya.Syafiq melopong.Aiman ? Kenapa Aiman peluk
Sarah ?
Sarah meronta-ronta hendak melepaskan dirinya dari pelukan itu , akhirnya Aiman lepaskannya juga.
“Syafiq … ini semua salah faham. Tolonglah , Syafiq ! Maafkan saya
!”Syafiq berjalan ke arah Aiman lalu dia menumbuk muka Aiman sehingga
Aiman terjelopok jatuh diatas katil Sarah.Syafiq menarik tangan Sarah
dan mereka berlalu pergi.
Sarah berasa terkejut.Hatinya begitu
sayu mendengar perkataan yang dikeluarkan dari mulut Syafiq.Air matanya
hampir mengalir namun ditahan.
“Sarah ! Kau dengar tak apa aku
cakap tadi ?”Syafiq menjerit dengan agak kuat tetapi , mereka berada
ditempat yang sunyi sedikit.Sarah agak terkilan. Apa salah dia ? Sampai
dia dijerit dengan sebegitu rupa ? Dari bestfriend forever atau orang
yang pernah luahkan perasaan padanya pula ! Syafiq hanya mengeluh berat
dan berlalu pergi. Dia memandang Sarah sekilas. Sarah hanya memandang
Syafiq dari jauh sehingga tidak nampak bayangnya lagi.Sarah terduduk.
‘Apa salah aku ? Kenapa dia nak aku suruh aku lupakan yang apa yang
pernah kita buat ? Kitakan bestfriend ! Kenapa kau buat aku macam ni ?
Lepas tu , kau suruh aku lupakan tentang luahan perasaan kau pulak ! Kau
kata aku pilih Aiman ? Tak ! Kau silap, Syafiq ! Lagipun , kejadian kat
dalam bilik aku tu , perkara yang tak dijangka ! Kau silap Syafiq !
Sebelum kau cakap tu , selidiklah dulu ! Sikap panas baran kau tu ..
memang takkan berubah ! Kalau macam ni , memang susah nak dapat isteri
!’Sarah bercakap dengan penuh perasaan dalam hatinya.Sarah terduduk di
lantai sambil memeluk sehelai sampul kertas.Dia menangis
semahu-mahunya.Lagipun , tiada sesiapa yang ada disitu kecuali dia
seorang.Hari ini , dia terpaksa ponteng kelas hanya disebabkan perkara
buruk ini. Kenapalah aku terlupa nak bawa sampul surat ni ? Kan dah jadi
perkara buruk yang tak disangka-sangka ! Putus kawan pulak tu ! Aku tak
ada kawan yang lain selain dia , dan cikgu Park. Tak apalah ! Aku akan
berusaha mencari kawan sendiri tanpa bantuan sesiapa pun !
“Fighting, Sarah !”Sarah menjerit dengan agak kuat.Dia tidak kisah kali
ini. Dia mahu berdikari ! Walaupun , Syafiq mahu putus kawan dengannya
.. tapi , sekarang dia tidak kisah lagi ! Sarah mengesat air matanya
dengan kedua-dua belah tapak tangannya.
“Oit !”Sarah
terkejut.Seseorang menyapanya secara tiba-tiba. ‘Siapa pulak yang tegur
aku ni ? Setahu aku , aku seorang je dekat kawasan ni .. takkanlah
..’Sarah menoleh kebelakang dengan perlahan-lahan… Aiman ? Buat apa dia
kat sini ? Aku tak nak jumpa dia !
Sarah berjalan meninggalkan
Aiman.Sarah tersentak. Aiman menarik tangannya dengan kasar dan
pegangannya kuat.Sarah menarik tangannya tapi , tak boleh.Aiman
mengenggamnya dengan erat. ‘Sakitlah bengong !’
“Sarah ..
maafkan saya .. saya dah buat awak dan Syafiq putus kawan .. Maafkanlah
saya .. Saya janji akan buat apa sahaja yang awak suruh .. Tolonglah ..”
“Okey , tapi sebelum tu , lepaskan tangan saya..”Sarah memuncungkan
mulutnya ke arah pegangan yang erat itu.Aiman akur. Dia melepaskan
tangan Sarah.Sarah memegang-megang tangannya itu.
“Auch !”
Sarah melihat tangannya yang sudah merah biru itu. Memang kuat betul ya
tangan lelaki ni .. nak lari pun susah lah macam ni !
“Awak tak apa-apa ke ?”Aiman mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.Sarah hanya memerhati.‘Keluarkan sapu tangan ?’
Aiman
terus membalut Sarah dengan sapu tangannya. Sarah melihat wajah Aiman.
‘Boleh tahan .. hidung mancung sket , bulu mata lentik jugaklah , bibir
..’
“Boleh tak kalau awak jangan pandang saya macam awak nak
telan saya ?”Aiman mendongak memandang Sarah. ‘Dia ni , kalau tak pakai
makeup pun nampak cantik ..’
“Alah ~ Awak pun sama je ..
pandang saya macam nak makan saya jugak .. Ah ! Sambung pasal tadi ,
awak kata awak janji kalau saya …” Aiman menggangguk.
“Baiklah
.. memandangkan awak dah lukakan tangan saya dan tolong balutkannya ..
saya bagi awak peluang. Tapi , saya tetap takkan maafkan awak pasal
dalam bilik saya tadi.”Aiman tersenyum penuh ceria.
“Terima kasih , Sarah ! Tapi , peluang untuk apa ?”
Sarah terkedu. Peluang untuk apa ? Karang dia fikir aku bagi dia peluang ni supaya aku dapat couple dengan dia ? Tak nak !!
“Peluang untuk berkawan…”Aiman menggangguk.Sarah tersenyum dan berlalu
pergi. Aiman menghalang laluannya.Apa lagi budak ni ?
“Tapi , kalau saya ada peluang lain ,.. saya nak curi hati awak ! Awak
kena couple dengan saya !” Sarah hanya membisu. Haih ~ Budak ni tak
serik lagi agaknya… lagipun , aku tak maafkan dia lagi pasal dia cium
pipi aku dengan peluk aku ..
“Tak boleh ! Saya tak nak
couple dengan awak .. Saya tak nak ada hubungan dengan awak ! Oh ya !
Saya baru perasan .. awak ada luka kat pipi .” Sarah memegang pipi Aiman
tetapi dengan memakai sarung tangan. Aiman terkejut. Sarah pula asyik
memandang luka yang ada dipipinya. Sakit juga pukulan Syafiq tadi.
“Teruk juga luka awak .. jom ! Kita pergi bilik kesihatan.” Sarah
memusingkan badan Aiman kedepan dan dia menolak Aiman dibelakang. Aiman
hanya tersengih ..
“Nampaknya .. awak risaukan saya ..” Sarah
hanya membisu. Sejak bila aku jadi baik pulak ni ? Selalunya , apa yang
dia nak aku buat mesti aku tak nak .. tapi … kenapa dengan aku ni ?
Sarah menggeleng kemudian tersenyum. Tetapi ,…. Sarah berasa lain macam.
Dia berasa ada seseorang sedang memerhatikan dia dan Aiman. Sarah
memusing kebelakang. Hm .. perasaan aku je kot …
“Sarah
…. Maafkan aku .. Aku mahu jauhkan diri aku dari kau . Tulah yang aku
nak katakan .. Aku ada penyakit yang tak dijangka .. Ianya serius juga.
Aku baru tau penyakit ni ..pagi tadi. Aku lepaskan kau, Sarah .. Maafkan
aku kerana buat kau nangis tadi . Aku dah nampak segalanya tadi. Tak
sangka si Aiman tu ada kat situ. Nampaknya , kau lebih bahagia kalau dia
berada disisi kau …” Syafiq berlalu pergi .
Sarah mengambil sehelai tuala yang telah tersedia didalam almari.
Dia
mengambil sebakul besen kecil dan dia mengisikan air didalamnya. ‘Time
macam ni takkan tak ada doktor kot ! Aku yang kena rawat dia .. tak
apalah ..’
“Urm .. Sarah …”Sarah menoleh dan memandang Aiman.
“Kenapa ? Nak apa-apa ke ? Nanti aku ambil kan ..”Sarah mahu keluar dari bilik kesihatan tapi ,..
“Tak, Sarah … Saya .. tak apa-apa lah. Tak payah lah nak rawat saya macam saya ni sakit sangat.”
“Tak . Tak boleh .. Lebam dah aku tengok kau punya pipi ni. Meh sini ,
aku lap.” Sarah mengelap pipi Aiman yang sedikit berdarah. Aiman berasa
bersalah. Kalau Sarah tak tahu perkara tu, … tapi , Syafiq pulak suruh
rahsia kan… Macam mana ni ? Nak bagitau ke tak nak ni ?
“Sarah … sebenarnya saya nak bagitau satu perkara ni. Penting jugaklah ..” Aiman mengetap bibirnya.
“Bagitau jelah .. Saya mendengar ni ..”Sarah masih mengelap pipi Aiman.
“Untuk pengetahuan awak, Syafiq … Dia mahu awak jauhkan diri dari dia.
Dia bagitau saya yang dia ada penyakit yang agak serius jugak. Mungkin
hidup dia tak lama.”
Kain lap yang dipegang oleh Sarah terjatuh.
Sarah masih agak terkejut mendengar butir-butir bicara yang disampaikan
oleh Aiman. Tanpa dia sedari , air matanya jatuh tanpa diminta. Sarah
menekup mulutnya. Dia menangis semahu-mahunya dihadapan Aiman. Aiman
yang melihatnya agak simpati pada nasib Syafiq. Sebenarnya, dia dan
Syafiq agak rapat. Aiman sengaja memberitahu Sarah bahawa Syafiq tidak
rapat dengannya.
Masa Syafiq menumbuk mukanya dibilik Sarah,
Syafiq sempat lagi berbisik padanya bahawa dia menghidapi penyakit yang
agak serius dan dia mungkin tidak hidup lama. Aiman terkesima apabila
mendengarnya.
“Sarah … menangislah sepuas-sepuasnya.”Aiman
mahu memeluknya tapi, dia masih tahu batas-batasnya. Walaupun mereka di
Korea Selatan. Tapi, disebaliknya, Sarah memeluknya dengan erat. Sarah
menangis sehingga merah mukanya.Aiman juga turut menangis.
Sarah dan Aiman balik ke asrama mereka bersama-sama. Mereka berdua membiarkan suasana sepi seketika.
Pin ! Pin !
Sarah
begitu terkejut. Sebuah kereta hampir melanggarnya dan dia terjatuh
diatas jalan raya. ‘Siot betullah kereta tak guna tu !!’
Sarah
membaling botol mineral yang dipegangnya tadi ke arah kereta itu.Aiman
tersengih melihat gelagat Sarah.Sarah merenung Aiman dengan pandangan
tajam. ‘Apa yang lawaknya ?’
“Yang kau gelakkan aku tu kenapa ? Aku terjatuh ni.. Kau tak nak tolong angkatkan ke ?” Sarah memuncungkan mulutnya.
Aiman
menghulurkan tangannya.Sarah menyambutnya dengan baik dan secara
tiba-tiba, kaki Sarah terseliuh. Sarah hampir terjatuh dan Aiman
menyambut dan merangkul pinggangnya. Sarah dan Aiman bertentang mata.
Muka mereka sangat hampir. Masing-masing berdiam diri.
‘Ah ! Kenapa dengan hati aku ni ? Macam nilah aku rasa bila aku dengan Syafiq. Takkanlah ?!’
‘Mak aih ! Dekat kot muka aku dengan Sarah ni ! Kalau ada orang tolak dari belakang , memang terkiss lah jawabnya !’
Sarah bangun semula tetapi, kakinya terasa sakit. Aiman pun berdiri semula dan membantu Sarah dan dia memapah Sarah.
“Sakit ke kaki kau tu ? Jomlah , kita pergi klinik. Aku tengok kaki kau
tu lebam pastu merah pulak tu ! Selalunya , bila kereta langgar orang,
orang tu masuk hospital .. tapi, kau lain lah. Kereta langgar kau, lebam
je .. memang dahsyatlah perempuan macam kau ni ! Ahahahahah !”Sarah
malu. Dia memukul-mukul bahu lelaki itu. Dia geram melihat lelaki itu
ketawakannya.
“Seronoklah kau ek dapat ketawakan aku depan
public !”Sarah memeluk tubuh.Aiman melihat sekeliling. Semua yang berada
diluar rumah memandang ke arah mereka.
Aiman terdengar seorang budak
lelaki berkata, “Ciumlah kakak tu abang !” Sebenarnya ayat tu dalam
bahasa korea. Jadi, just translate kan je.
“Wey, Sarah … tadi ada budak tu kata…”
“Aku tahu. Aku dengarlah.”Sarah memandang ke arah lain bila Aiman
memandang mukanya. Sarah merasakan mukanya sedang merah sekarang. Dia
tidak mahu Aiman melihatnya.
“Sarah ! Muka kau merahlah ! Malu eh ?”Tegur Aiman. Dia melihat muka Sarah yang sudah merah akibat budak kecil itu.
Sarah
membisu. Dia sudah kehilangan kata-kata saat itu. Lidahnya kelu dan
muka merah menahan malu ! Sarah masih tidak memandang Aiman yang berada
disebelahnya.Aiman tersenyum nakal. Ada saja perkara yang nakal muncul
dibenaknya.
“Sarah … pandanglah aku ! Sarah ! Sarah …..
okey ! Kalau kau tak nak pandang aku, aku kiss kau depan public. Ramai
orang ni ! Diorang boleh jadi saksi ..” Sarah terkejut. Ni ugutan ke apa
? Alah ~ Dia sengaja je tu, kalau dia kiss aku depan public, dia berani
ke ? Buat tak tau je lah…
“Aku kira dari satu dan ia berakhir dinombor tiga … kalau kau tak pandang jugak … taulah apa yang aku nak buat kat kau..”
Sarah masih memandang kesebelah kanannya dan dia tertarik pulak dengan pandangan itu. Segarnya udara !
“Satu !”Jerit Aiman. Mereka masih berjalan di kawasan perumahan. Alamak
! Dia dah mula kiralah ! Hm … aku tau apa yang aku nak buat lepas dia
kira sampai dua .. hehehe ..
“Dua !”Jerit Aiman lagi. Kali ni,
lebih kuat dari tadi. Sarah mula melangkah dengan laju dan dia berlari
meninggalkan Aiman dibelakang.
“Sarah ! Kau ! Aku kejar kau
sampai asrama kau ! Siaplah kau !”Aiman menjerit dengan nada marah tapi,
selepas itu, dia tersenyum sendiri. Sarah sempat menjelirkan lidahnya.
“Aku gigit lidah kau tu karang ! Siaplah kau !”Aiman mula speedkan
lariannya. Alamak ! Dia dah laju lah ! Matilah aku kalau dia dapat aku !
Lari ! Kaki, lari laju-laju !
Sarah mengeluarkan kunci dari
poketnya dengan segera. Dia melihat Aiman hampir menghampirinya. Dia
memulas tombol pintu itu dengan cepat, tetapi , tangannya direntap oleh
Aiman. Sarah memukul bahu Aiman dan menyuruh Aiman melepaskannya.Aiman
menggenggam tangan Sarah yang sedang memukulnya itu. Kini, kedua-dua
tangan Sarah digenggamnya. Sarah menarik-narik tangannya tetapi, Aiman
tidak mahu melepaskannya.
“Aku nak mintak balasan tadi !
Kau tau tak ! Penat aku kejar kau ! Nasib baik aku tau asrama kau kat
mana !”Aiman masih tercungap-cungap. Kesian pulak ! Apa yang dia minta ?
Balasan ?
“Balasan apa yang kau nak ?”Sarah memandang Aiman.
Mereka bertaut mata. Aiman mendekatkan mukanya ke muka Sarah. ‘Takkanlah
dia nak kiss aku ?Tak ! Aku tak benarkan !’
Sarah mengalihkan mukanya ke kanan. Aiman tersengih.
“Oit! Sarah ! Aku bukan nak kiss kaulah ! Aku nak beritahu sesuatu
!”Sarah termalu. Dadanya berdegup kencang. Tak mahu perasaan ni !
“Habis tu ? Kau nak cakap apa ?”Sarah mengangkat keningnya.
“Aku cintakan kau. Couplelah dengan aku !”Aiman menunjukkan muka manjanya. Sarah tersenyum kecil. Aduh !
“Aiman …. Boleh tak … tolong lepaskan tangan Sarah ? Sakitlah !”Aiman
melepaskan genggamannya. Tangan Sarah sudah merah. Kuat sangat ke
pegangan tadi ?
“Sorry, Sarah ! Tak sengaja ! Lupa pulak nak lepaskan…”
Aiman meminta maaf pada Sarah tetapi, Sarah memuncung.
“Kenapa pulak ni ? Merajuk ke ? Meh lah Aiman pujuk !”Aiman memeluk
Sarah tetapi, Sarah terlebih dahulu bertindak.Kalau dibiarkan, makin
bertambah mianglah lelaki ni !
Sarah masih tidak bersuara. Merajuklah katakan…
“Okeylah ! Kalau kau merajuk…aku kiss kau ! Aku serius kali ni ! Aku
tak main-main ! Lagipun, tak ada orang lalu kat sini ..” Aiman tersenyum
nakal.Meremang bulu roma Sarah. Dia sudah dapat menggagak yang lelaki
itu pasti akan bertambah miang dengannya. Lagi pula, tempat itu sunyi
sikit. Boleh berlaku apa-apa yang tidak dijangka.
“Sarah nak masuk bilik dulu. Hm ..bye !”Sarah memulas tombol pintu biliknya. Aiman memegang lengan Sarah. Gulp !
“Sarah …”Meremang bulu roma ditengkuk Sarah. Sarah memusing memandang
Aiman tetapi, dengan terkejutnya, pipinya menjadi mangsa Aiman. Aiman
mengucup pipinya buat kali kedua. Dadanya berombak kencang bagai kapal
sedang mengharungi ombak laut yang sangat deras.
Mereka masih kaku dan bibir Aiman masih terlekat dipipi Sarah. Sarah berasa tidak selesa. Dia menolak badan lelaki itu.
“Sarah … maaf…”Aiman bermuka sayu. Sarah tersenyum kelat dan mukanya
merah saat itu. Aiman hendak tergelak melihat wajah Sarah yang sudah
bertukar warna itu. Setiap kali dia bergurau nakal dengan Sarah, pasti
mukanya berubah warna.Lucu lah Sarah ni !
“Sarah masuk dulu … jumpa esok !”Sarah senyum..
Aiman
berlalu pergi. Sarah memulas tombol pintu biliknya dan segera
menutupnya. Dia menguncinya untuk keselamatan. Dia menghempaskan
tubuhnya diatas katil.
BERSAMBUNG ...
Labels: BoyORBodyguard
Friday, 31 January 2014
Boyfriend or Bodyguard
{ don't ya copy all these words ! }
CHAPTER TWO.
Di asrama .. Sarah sedang duduk dikerusi sambil melayari internet.Dia
mencari maklumat tentang kerja yang harus dihantar pada gurunya.. Park
Ki Soo,seorang guru wanita yang sangat disenangi ramai.Beliau seorang
guru yang tegas,berani,pandai,tinggi,kurus,hormat akan orang tua dan
banyak lagilah tentang gurunya.Sarah berasa bangga dapat memasuki kelas
yang mempunyai guru yang bertanggungjawab.
“Wah ! Banyaknya
maklumat yang ada ! Memang betul kata guru Park .. cantiklah cikgu !
Terbaik !”Sarah menunjukkan thumbs up pada laptopnya.Tiba-tiba,berdering
lagu Kim Tae Yeon – Closer – .Sarah amat menyukai lagu itu.Sarah
menekan butang hijau. “Hello ?”Perkataan pertama yang diucap.
“Yo ! Assalamualaikum ! Kau buat apa tu ?”Sarah sudah dapat mengagak
siapa yang akan menelefonnya pada malam itu. “Waalaikumussalam .. Aku
tengah cari information untuk kelas petang tadi.Ha ! Syafiq,kau kelas
ke-berapa ek ?”
“Oh .. aku pun nak tanya benda yang sama
jugak kat kau.Aku kelas ke-5.Kau ?”Tanya Syafiq kembali.Dia tidak
mengetahui Sarah belajar di kelas yang ke-berapa.
“Pandai
jugak kau ni,Syafiq.Aku kelas ke-7.Nampaknya kelas kita
berdekatan.Hehehe ..”Jawab Sarah kembali.Sarah terdengar Syafiq
mengeluh. “Kenapa kau mengeluh ni ?Kau penat ke ?Aku pergi bilik kau
kalau kau ada masalah tau !Cakap aje !”Sarah pantang melihat
bestfriendnya sakit.Dia akan cepat memberikan bantuan kepada rakannya
itu. “Aku okeylah.Cuma ..”
“Cuma apa ?Aku tak nak tengok kau
sakit ni..Cepatlah cakap weh !”Sarah terjerit sedikit.Dia amat risau
ketika ini.Kalau ibubapa Syafiq mengetahui tentang hal
ini,habislah.Mereka akan datang kesini dan melawat Syafiq.Sarah tidak
mahu ibubapa Syafiq datang kesini.Malaysia dan Korea Selatan amat jauh
juga.Lagipun,ibubapa mereka amat sibuk kebelakangan ini.
“Sarah .. tak ada apa-apalah .. Bye ………dump !”Sarah amat risau dikala
itu.Dia terus menyarung tudung sarungnya dan keluar.Sarah berlari ke
bilik yang didiami rakannya itu.Bilik diantara dia dan Syafiq selang 10
buah bilik.Sarah mengetuk pintu bilik Syafiq.Tidak ada sebarang
respon.Sarah memulas tombol pintu.Ianya tidak berkunci.Sarah melihat
didalam bilik yang didiami Syafiq itu. ‘Gelapnya ! Mana si Syafiq ni
?’Sarah terasa dia terpijak sesuatu dibawah kakinya. ‘Rasanya .. aku
macam terpijak badan orang lah ..’ Sarah mencari suis lampu.Apabila dia
sudah menekan suis lampu itu,dia melihat Syafiq terbaring lemah di
lantai.
“Syafiq ! Syafiq ! Ya Allah ! Pucatnya !”Sarah berasa
gelisah.Dia melihat jam di dinding bilik Syafiq itu. 10:43 malam ..
Sarah melihat muka Syafiq .. “Pucatnya ! Sejak bila dia ni demam ni
?Syafiq !”Sarah terkejut apabila mata Syafiq terbuka.
“Sa ..
rah .. aku .. demam…Sejuk…nya..”Secara tiba-tiba,Syafiq memeluk
Sarah.Sarah kaku seketika.Jantungnya berdegup dengan kencang.. ‘Apakah
perasaan ni ?Aku tak pernah rasa macam ni kat lelaki.. kecuali
Syafiq.Cinta ke ni ?’
“Kejap !”Sarah menanggalkan jaketnya
dan disarungkan pada badan Syafiq itu. “Sarah .. aku tak nak kau pulak
yang demam.Kau aje lah yang pakai jaket ni…”Kata Syafiq dalam keadaan
lemah.Dia tidak mahu Sarah pula yang sakit kerana dia.
Sarah menolak jaketnya dan kembali menyarung dibadan Syafiq.
“Aku tak nak ! Kau pakai lah ! Aku tak nak kau sakit !”Jerit
Syafiq.Sarah menggelengkan kepalanya. “Hmm .. yang sakit sekarang ni
siapa ?Aku ke kau ?Yang sakitlah sepatutnya yang pakai ! Aku tak nak kau
sakit dengan teruk lagi ! Aku nak jaga kau sampai kau sembuh !”Jerit
Sarah kembali.Dia tidak mahu Syafiq sakit dengan teruk lagi.Dulu,semasa
mereka bersekolah menengah,Syafiq hampir-hampir jatuh dari tangga
disebabkan dia berasa tidak sihat masa tu.Nasib baik,pada masa itu Sarah
menyambutnya.Ketika itu,Sarah mahu berjumpa dengan guru kelas tentang
kerja rumah tapi telah terbantut ketika dia ternampak Syafiq hampir
terjatuh dari tangga.Sarah memarahi dirinya sendiri dan hampir sebulan
dia tidak menegur Syafiq.Tapi,setelah sebulan berlalu,Sarah kembali
menegur Syafiq.Dia berasa bersalah kerana tidak menjaga Syafiq.Keluarga
mereka mahu mereka saling jaga-menjaga antara satu sama lain.
“Yelah.. aku pakai..achummm !”Syafiq terbersin.Sarah hanya memerhati.
“Jomlah ! Kita pergi hospital ! Cuaca kat sini memang sejuk.Jom !”Sarah
membangunkan Syafiq yang dari tadinya asyik terbaring lemah
dipahanya.Syafiq hanya menurut.Dia juga tidak mahu penyakit yang
dialaminya sekarang ini berlarutan.Dia juga masih belum menyiapkan kerja
yang diberi gurunya.Sarah memapah Syafiq sehingga ke kereta Sarah.Sarah
membuka pintu untuk Syafiq.Sementara itu,Sarah memanaskan keretanya
dahulu.Ketika itu,Sarah memandang Syafiq yang duduk bersebelahan
dengannya.Sarah terkejut.Syafiq juga memandangnya.Sarah menoleh ke depan
dan memandu keretanya.
Doktor tersebut memberikan ubat kepada Syafiq.Syafiq menyambutnya dan berlalu pergi ke arah Sarah.
“Apa doktor tu kata ?”
“Tak ada apa-apa..Cuma doktor tu kata ..”Syafiq mencebikkan bibirnya..Sarah pelik.
“Kau faham ke apa dia kata ?”Tanya Sarah.
“Faham sebab ada orang yang translate kan..kau nak tahu ke tak nak ni ?”
“Nak lah ! Doktor tu cakap apa ?”Sarah tidak sabar untuk mengetahui apa
yang hendak dikatakan oleh Syafiq.Syafiq mengeluh. ‘Berat sangat ke
?’Tanya Sarah dalam hati.
“Doktor tu kata jaket yang aku
pakai ni kecik sangat dan tak sesuai untuk aku.Ada ke dia kata camtu
?Sakit je hati aku !”Syafiq menumbuk-numbuk dadanya.Sarah tergelak
kecil.Syafiq tersenyum.. ‘Dapat juga aku tengok dia senyum..sejak
beberapa hari ni .. dia jarang senyum..’Bisik Syafiq dalam hati. “Hmm ..
dahlah .. jom kita balik.Dah ambil ubat .. oh ya ! Syafiq,jom kita
pergi kedai kejap.”Sarah mengajak Syafiq pulang tetapi,sambil itu dia
terfikir.Dia mahu pergi ke kedai sekejap untuk membeli roti dan kaya
jem.Dia mahu memberikan makanan yang dibelinya nanti kepada Syafiq.
“Hm .. jomlah ! Sebelum kedai tutup ..”Syafiq menarik tangan
Sarah.Sarah berasa jantungnya berdegup dengan pantas. ‘Hati .. kenapa
dengan kau ni ? Laju jugak kau berdegup ni !’Bisik hati Sarah.Syafiq
memandang Sarah yang sedang memukul dadanya itu. ‘Apahal lah budak ni
?Apalah agaknya dia fikirkan ?’
“Sarah ! Sarah !”Syafiq
memanggil Sarah yang kelihatan sedang termenung itu.Sarah masih lagi
termenung selepas Syafiq memanggilnya.Syafiq mendekati Sarah.Dia
melambaikan tangannya ke arah muka Sarah. ‘Hm .. kuatnya dia
berangan..dah sampai kedai pun tak sedar lagi..hm..’Syafiq memandang
kedai yang berada dihadapannya. ‘Nampaknya kedai ni buka 24
jam..baguslah ! Kalau aku nak beli apa-apa .. beli aje dekat kedai ni
..’Syafiq bercakap dalam hatinya..
“Woi !”Syafiq sungguh
terperanjat apabila Sarah mengejutkan dirinya.Syafiq mengurut-ngurut
dadanya. ‘Ada-ada saje kau ni kan ! Geram aku !’Syafiq berasa sedikit
marah terhadap Sarah jadi dia mencubit pipi Sarah yang sedikit montel
itu.
“Esh ! Sakitlah !Sorrylah .. hehehe ..”Sarah
mengosok-gosok pipinya yang merah itu akibat kesan cubitan daripada
tangan Syafiq.
“Dahlah tu kalau nak berangan pun…ni ha ! Kita
dah sampai kat kedai ni..depan mata pun tak nampak .. aku masuk dulu
..”Sarah mencebik .. ‘Merajuklah tu !’
Sarah mula memasuki kedai yang
penuh dengan barang-barang.Makanan ada,barang-barang sukan
ada,peralatan menukang ada, dan .. macam-macam lah !Sarah mencari apa
yang mahu dibelinya.Sambil mencari,matanya tertumpu pada sepasang gelang
yang cantik.Ukirannya juga bagus..
“Aku rase .. gelang
sepasang ni untuk couple lah ..tak dapat nak beli..”Sarah menyambung
mencari makanan yang hendak dibeli.Syafiq terdengar rungutan Sarah. ‘Hm !
Apalah ! Dia ingat yang single pun tak boleh beli ? Kan ada banyak lagi
! Tak pelah .. biar aku yang belikan untuk dia.’
“Ha ! Dah
jumpa pun ! Roti satu kat atas ni .. kaya jem kat bawah ni .. nak beli
kaya je ke ?Rasanya .. baik beli strawberry jem sekali.Harap-harap si
Syafiq ni makan..”Sarah tersenyum.Dia mengambil strawberry jem dan
berjalan menuju ke kaunter.Dia melihat Syafiq juga membeli
barang.Tapi,dia tidak tahu apakah barang itu ?
“Cepatlah
bayar..aku tunggu kat luar..”Syafiq menunjukkan yang dia sudah selesai
membayar.Syafiq mahu memberikan kepada Sarah apabila di kereta
nanti.Pasti Sarah terkejut nanti..hehe..
“Hmm .. yelah..”Sarah
meletakkan barang-barang yang hendak dibeli itu diatas meja kaunter.Fuh
~ Nasib baik barang-barang kat sini tak mahal sangat.Cukup-cukup je nak
beli .. tapi..aku nak beli gelang tu.. cantik ! Ha ~ Esok-esok jelah
kau beli…lagipun banyak lagi tu… Sarah meninggalkan kedai itu dan dia
melihat Syafiq sudah kesejukan menunggunya.Alamak ! Berangan pulak tadi !
“Jomlah ! Meh aku tolong bawakan barang tu ..”Syafiq merampas beg
plastik yang Sarah bawa.
“Syafiq .. makanan tu untuk kau ..aku
belikan untuk kau..kalau kau lapar kat asrama..makanan tu boleh alas
sikit perut kau tu.”Sarah bercakap dengan Syafiq tetapi dia tidak
memandang ke arah muka Syafiq.
“Sarah .. terima kasih untuk
makanan ni .. yang kedua .. ..boleh kau pejamkan mata kau ?”Mereka sudah
sampai di tempat parking kereta.Jadi,Syafiq mahu memberikan gelang itu
kepada Sarah.Sarah menggangguk.
“Boleh hulurkan tangan kau
?”Tanya Syafiq lagi.Sarah hanya menurut.Syafiq mengeluarkan sepasang
gelang yang dibelinya tadi. “Ok .. buka lah mata kau.Tengok apa yang ada
kat atas tapak tangan kau…”Syafiq tersenyum.Pasti Sarah terkejut
melihat apa yang ada di tapak tangannya… Perlahan-lahan Sarah membuka
matanya..dia sungguh terkejut.Gelang yang mahu dibelinya tadi sudah ada
ditapak tangannya.Sarah memandang Syafiq.Dia berasa terharu.Sarah sedar
atau tidak…dia terpeluk Syafiq.Syafiq amat terkejut.Sarah meleraikan
pelukannya..
“Terima kasih banyak-banyak,Syafiq ! Aku akan
jaga baik-baik gelang yang kau beri ni ! Tapi,lagi satu gelang ni…kan
lelaki punya .. takkan aku nak pakai sekali ?”Syafiq mengambil gelang
yang dikatakan Sarah lalu dipakainya. “Kalau macam tu…bagi aku jelah !
Lagipun,aku kan bestfriend kau .. eh ?”Sarah tergelak kecil melihat
gelagat Syafiq itu.Sarah hanya menggangguk..
“Terima kasih ! Hehehe !”Syafiq terpeluk Sarah dengan erat.
Sarah
amat terkejut dan juga sesak nafas. ‘Ada ke patut gi peluk aku
kuat-kuat macam ni… sesak nafas aku dibuatnya’Bisik hati Sarah.
“Sya … Syafiq … aku .. tak…b..boleh … huhhh !”Syafiq meleraikan pelukannya sebelum Sarah menghabiskan ayatnya.
“Sorry
Sarah ! Tak sengaja !”Syafiq menunjukkan wajah manjanya.Sarah hanya
tergelak kecil.Di saat itu,hati Sarah berdebar hebat.Dia dan Syafiq
bertentang mata. ‘Apa ni ? Ada sesuatu mencucuk hati aku dan rasa
berdebar gila ! Harap-harap muka aku tak merah sangat ..’Bisik hati
Sarah yang kini tidak terkawal hatinya.Bagai mahu melompat sahaja dari
badannya ini.Sabar , Sarah …
“Dah lah … Jom ! Kita balik ..
macam buang masa aje dekat sini ..”Ajak Syafiq.Dia mengaturkan
langkahnya dan Sarah hanya membuntuti..Tanpa Sarah sedari , Syafiq
berhentikan langkahnya dan berpusing menghadap Sarah.Dia menghulurkan
tangannya.
“Kau nak apa ni ? Nak bawak kereta la tu ! Tak boleh !
Kau tu .. masih tak sihat.Aku kena jaga kau sampai kau sembuh.Dah , jom
! Tak payah nak buat muka memuncung camtu ,..”Sarah membuka pintu untuk
Syafiq dan dia kemudian menghidupkan enjin keretanya pada malam yang
sejuk itu. Sambil menunggu keretanya panas , Sarah memerhatikan
Syafiq.Sarah melihat Syafiq sedang termenung sendirian dan dia memandang
ke bawah melihat kasutnya. ‘Apa yang tak kena tu ? Teringat awek ke ?
Takkanla kat kasut dia tu ada muka awek dia tu ? Pelik aku dengan dia
hari ni ..’
Syafiq hanya termenung sahaja dari tadi. ‘Ah .. biarlah dia layan perasaan dia .. aku nak memandu , karang tak fokus pulak !’
“Syafiq
.. Syafiq …”Sarah mengoncang-goncang tubuh sasa milik Syafiq itu.Sambil
itu , dia memerhatikan setiap sudut wajah milik lelaki itu.Sarah tidak
perasan bahawa lelaki yang disayanginya sebagai bestfriend itu mempunyai
wajah yang kacak.Sarah tersenyum sendiri. ‘Mana mungkin dia nak kat aku
? Mungkin juga dia dah ada girlfriend ke .. mana tau ? Dah la ! Baik
kejutkan dia !’
“Syafiq … Syafiq … Bangunlah .. kita dah
sampai kat asrama ni .. Syaaaaaaa !!!” Dengan secara tiba-tiba , tubuh
Sarah sudah ada dalam dakapan Syafiq. “Hmm … I love you ..” Terkejut
Sarah dibuatnya.. ‘Hm .. mengigau rupanya budak ni ! Aduh ! Pelukan dia
ni kuat sangat lah ! Macam mana aku nak lepas ni ?’Sarah mengangkat
sepasang tangan milik Syafiq itu tetapi tidak berjaya jugak hendak
melepaskan diri.
“Syafiq ? Syafiq ! Syafiq !!”Sarah
menjerit dengan separuh kuat.Dia melihat jikalau pengawal keselamatan
itu terjaga.Sarah melihat Syafiq terkebil-kebil memandangnya.Syafiq
melepaskan Sarah dan dia membangunkan Sarah.Hati Syafiq berdebar tak
menentu.Dia mimpi apa tadi ? Sampai terpeluk si Sarah tu ?
“Sarah .. maaf tau pasal tadi.Aku tak sengaja peluk kau tadi..Maaf ye
?”Syafiq mohon simpati.Dia memang tidak sengaja mahu melakukan hal
seperti tadi. “Erm .. aku maafkan .. tapi , meh sini kejap !”Sarah mahu
Syafiq menunduk sekejap kerana dia mahu merasa dahi lelaki itu. “Hai ~
Panas lagila .. mungkin tadi kau mimpi buruk tak ? Aku dengar kau cakap
“I love you” kat siapa la tu .. ? Girlfriend kau muncul dalam mimpi kau
kot !”
Syafiq hanya membisu.Dia membiarkan sahaja gadis itu
berbicara.Dia merasa kepalanya berdenyut-denyut.Tidak mampu untuk
bercakap apa-apa.
“Syafiq .. cepat masuk dalam bilik kau. Nanti
tak pasal-pasal kau terjatuh kat lantai luar ni pulak !”Sarah mendekati
Syafiq yang sudah tidak mampu untuk berjalan itu.Dia memapah jejaka itu
hingga ke biliknya.
“Syafiq .. kau berehatla dulu .. kejap
lagi aku datang lagi. Aku nak ambik barang kejap dekat bilik aku , tau
?”Sarah mahu melangkah pergi tetapi Syafiq menyentap tangannya.Sarah
terasa dadanya berkocak dengan hebat.Janganlah datang perasaan ni !
Pergi jauh ! Jangan kau rasuk aku !
“Kenapa ni , Syafiq
?”Tanyaku pada Syafiq.Kemudian , dia duduk dan menyuruhku duduk disisi
nya.. Ada apa yang tak kena ni ? Syafiq kemudian mendekati aku dan
hendak memegang kedua-dua belah pipiku tetapi aku pantas mengelak.Kenapa
ni ?
Tetapi , dia berjaya memegang kedua-dua pipiku.. ada yang tak kena ni .. rindu ke dia dengan girlfriend dia tu ?
“Syafiq .. kau rindu girlfriend kau ke ? Aku bukan girlfriend kauuuu
!!”Sarah amat terkejut.Syafiq hampir mengucup pipinya ! Sarah
melepaskan pegangan tangan Syafiq.
“Syafiq ! I’m not your
girlfriend !”Sarah menjerit separuh kuat.Dia tidak menyangka Syafiq akan
berbuat begitu terhadapnya. Taulah sekarang kita bukan dekat Malaysia !
“Sarah .. I don’t have any girlfriend…I …Actually ..”Syafiq menokhtakan
kata-katanya disitu.Apa ? Jadi , kenapa Syafiq buat perkara sedemikian ?
“Awak tak sihat ke ? Saya rasa penyakit awak ni teruk la .. jom , kita
pergi klinik lagi ..”Sarah separuh bangun apabila tangannya ditarik oleh
Syafiq. Sakit-sakit macam ni pun ada tenaga lagi ye ? ..
“Sarah
.. actually .. aku ..”Sarah semakin pelik dengan keadaan
sekarang.Sudahlah larut malam…nampak nya dia tidak akan tidur malam ini…
“Syafiq .. boleh tak awak jangan cakap tersekat-sekat ? Makin pelik jadi nya…saya pun bertambah ragu ..”
“Sarah .. aku hanya akan cakap sekali ni .. baik kau dengar betul-betul
tau ! Selepas aku beritahu .. aku harap kau akan
mempertimbangkannya..”Syafiq membuat Sarah tidak
keruan.Mempertimbangkannya ? Hal penting la ni ..
“Aku akan cakap sekali .. so kau dengar betul-betul ..”
“Ye … aku akan mendengar .. dengan teliti .. jadi , cakaplah ..aku dah bersedia nak mendengarnya ..”
“Baiklah .. aku harap kau tak terkejut. Saya … aku ..”
Haih ~ Cakap tersekat-sekat lagi .. patutlah tak pernah nak ada girlfriend ..
“Saya … ermm ..”Sarah menggeleng kan kepalanya.
“Syafiq .. kau ni .. cakap aje aku tak marah .. tapi , terkejut tu .. tak pastilah ..”
“Okey .. aku nak cakap ni ..”Syafiq menarik nafas dalam-dalam dan
hembus .. agaknya dia sudah bersedia..Sarah membetulkan duduknya itu.Dia
terasa tidak selesa pula ..
“Sarah … aku mencintai kau sejak
kita masih kecik lagi !!”Sarah terkejut.Dia melihat muka Syafiq yang
sudah berwarna merah merona itu.
“Jadi , Sarah .. kau akan
mempertimbangkannya kan ?”Syafiq mengharapkan jawapan daripada mulut
aku. “Er .. ermm .. Syafiq ..aku pun tak tahu .. setiap kali aku bersama
kau , kau pegang tangan akulah .. aku rasa semacam ..jantung aku rasa
macam berdebar hebat, perasaan apa ni ek ?”Syafiq melopong.Tak sangka
Sarah begitu terus terang dengannya.Dia pun merasakan yang sama.Syafiq
pasti .. apa yang dirasakan oleh Sarah itu pastinya
cinta.C.I.N.T.A.Sarah terus menekup mulutnya itu.Lancang dan senangnya
dia bersuara..dihadapan lelaki yang telah meluahkan perasaan padanya
pula tu ! Mukanya begitu merah .. Syafiq juga terperasan.. dia hanya
tergelak kecil.Dulu , Sarah memberitahunya bahawa dia tidak tahu apa
makna cinta…
Sampai sekarang , Syafiq tidak memberitahu Sarah .. apa jawapannya..
“Syafiq .. tak payah la kau bagi jawapan untuk soalan tu .. soalan apa
tah yang aku tanya kat kau tu ..”Sarah masih dengan mukanya yang merah
itu.Comel !
“Tak apa. . aku tak kisah .. lagipun , kita dah lama kenal.Jadi , tak payah lah nak malu-malu pulak ..”
“Er … Ah ! Syafiq , aku nak masuk bilik aku .. bye ! Jumpa esok !”Sarah
mahu cepat-cepat keluar dari bilik Syafiq itu. Dia tidak mahu ada
perkara yang tidak dijangka akan berlaku.
‘Fuh ~ Nampaknya Syafiq
tak tarik tangan aku. Selamat jugak ! Dahlah kerja yang cikgu Park bagi
tadi tak siap lagi … mati aku !’
Sarah menutup pintu bilik Syafiq dengan perlahan.Sarah lihat Syafiq tidur dengan lena.Sarah mengeluh.
“Hi , Sarah !” Sarah sungguh terkejut.Dia menoleh kebelakang dan
melihat siapakah yang menegurnya itu. ‘Tak silap aku , suara lelaki
ni..mati aku !’
Sarah melihat muka jejaka itu. ‘Rasanya muka dia ni macam orang melayu lah ..’
“Saya Aiman .. Aiman Syakir .. Saya pun dari Malaysia jugak ..” Aiman
menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Sarah. Sarah
menyambutnya. “Saya , Sarah Syafiqah ..”
To Be Continued ...
Labels: BoyORBodyguard
Boyfriend Or Bodyguard ?
Watak Sarah ni pun sepatutnya pakai tudung dalam cerita yang Zie cipta ni . Jadi , bayangkan je la dia pakai tudung . Lawa dia ni ! Dia berlakon dalam cerita Your Lady kat OneHD . Fizo Omar je yang paling hensem :p Aiman tu Yoo Seong Ho . Biasa la Zie peminat KDrama . Habis semua nya nak pelakon korea xD
CHAPTER ONE.
Pada suatu petang , seorang gadis manis yang bertudung sedang duduk
sambil melukis sesuatu pada buku sketchnya.Dia melukis sebatang pokok
bunga yang kelihatan mekar berkembang.Dia tersenyum
sendirian.Senyumannya menampakkan lesung pipitnya.
“ Hai !
Boleh berkenalan ?” kata seorang jejaka muda. Gadis itu mendongak untuk
melihat siapakah jejaka yang menegurnya itu. “Maaf.Saya tak ada masa
untuk berkenalan.”Senyumannya terus lesap dan gadis itu mengemaskan
barangnya.Pemuda itu melihat sahaja gelagat gadis dihadapannya. Pemuda
itu tersengih.
“Hoi ! Kau tak kenal aku ke ?”Pemuda itu
bersuara.Gadis itu terus memaling ke arah pemuda itu. “ Kau siapa ? Kau
kenal aku ke ?”Tanya gadis itu. “ Kau kenal aku lah , Sarah ! Aku
bestfriend forever kau lah ! Syafiq Safwan !”Ujar pemuda yang bernama
Syafiq itu.Sarah menepuk dahinya.
“Ah ! Syafiq ? Biar betul ! Kau ke ni ? Lagipun, aku dah setahun tak nampak kau . Kau
nampak berbeza sangat . Hurm… Maaf ek ? Hehehe ..”Sarah menjelirkan
lidahnya.Syafiq bersuara, “Biasa lah aku . Aku kan kacak dari kecik lagi . Okey , aku maafkan kau kalau kau bagi aku
jentik dahi kau.Hehehe ..”Sarah menggangguk. “Ok lah ..”
Sarah
menlipat sedikit tudungnya.Syafiq sudah bersedia untuk menjentik dahi
Sarah. ‘Hehe .. siapa kata nak jentik dahi dia.Apa aku nak buat ek
?’Bisik hati pemuda yang bernama Syafiq.
Sarah memejamkan matanya dan sudah bersedia menerima hukuman. “Oi ! Berapa lama lagi aku nak tunggu ni !”Marah Sarah.
“Aduh ! Sabarlah kejap ! Tak reti sabarlah kau ni !”
Syafiq tidak menjentik dahi Sarah tapi sebaliknya,dia melarikan dirinya. “Ok dah !”Laung Syafiq dari jauh.Sarah berasa pelik.
“Apsal dahi aku dia tak jentik lagi ni ? Hoi ! Siap kau ! Kau bukan nak
jentik dahi aku tapi lari dari aku rupa nya ! Wei ! Tunggu lah !”Sarah
berasa geram melihat tingkah laku Syafiq itu.Syafiq dan Sarah berkawan
sejak dari sekolah rendah lagi.Ibubapa mereka sangat akrab sebelum
melahirkan mereka.Mereka juga keluarga yang senang.Ayah Sarah mendapat
gelaran ‘Tan Sri’ dan begitu juga ayah Syafiq.Ayah mereka bersama-sama
memajukan syarikat mereka sendiri.Kini,mereka masih lagi bekerja keras
untuk anak-anak mereka.
Sarah dan Syafiq sebaya.Mereka
sekarang berada di Korea Selatan.Mereka melanjutkan pelajaran di
KyungHee University.Universiti itu sangat terkenal di Korea Selatan.Dan
juga,pelajar-pelajar yang pandai dan keluarga yang mampu sahaja masuk ke
sekolah itu.Tetapi,sejak pertama kali mereka menetap di Korea
Selatan,Syafiq dan Sarah tidak berjumpa.Selepas setahun ,baru mereka
bertemu semula .Ibubapa mereka amat risau jika mereka berpisah.
“
Woi ! Kau nak pergi mana tu, Syafiq !”Sarah menjerit dan menyebabkan
orang-orang disekelilingnya memandangnya.Sarah hanya buat tak tahu
sahaja.Syafiq menoleh kebelakang dan lihat apa yang berlaku.Dia
tersengih.Syafiq melihat Sarah yang sedang memuncungkan mulutnya. ‘Apa
lah dia ni ! Hihihi !’Gelak Syafiq dalam hati.Sarah sudah mendekatinya.
“Wei ! Apsal kau tinggalkan aku kat belakang ?”Sarah memuncungkan lagi mulutnya. ‘Nak aje aku tarik mulut dia ni !’
“Saje
je ..”Pendek sahaja jawapan Syafiq.Sarah memandang ke tempat
lain.Syafiq memerhatikan Sarah. ‘Sarah .. cantik jugak kau ni ! Bila kau
senyum je .. terus cair hati aku ni .. Aku tak nak lelaki lain nampak
kau senyum.Aku akan pastikan.’
Sarah memandang Syafiq yang
sedang merenungnya sambil tersenyum. ‘Apa hal budak ni ?’ Sarah melambai
tangannya ke muka Syafiq. “Syafiq ! Syafiq ! Syafiq !! SYAFIQ SAFWAN
!!!”Sarah menjerit dan menyebabkan orang disekelilingnya memandangnya
lagi.Syafiq tersedar dari lamunannya. “Kenapa kau tersengih-sengih
pandang aku tadi ?Lepas tu,pandang aku semacam je.”Tanya Sarah.Syafiq
menggeleng. “Tak ada apa-apa lah..”Sarah mengeluh. “Belanja aku
minum.Dahaga lah .. Aku menjerit kat kau kuat sangat tadi.”Sarah
menunjukkan muka manjanya.Syafiq menoleh ke depan. ‘Apsal dengan aku ni
?Berdebar nya hati aku !Comel kot muka Sarah !’
Sarah pelik.Sejak tak berjumpa ni,dia merasakan Syafiq seakan-akan sudah
berubah.Dulu,masa Sarah menunjukkan muka manjanya,Syafiq asyik menarik
hidungnya sahaja.Tapi,sekarang .. Syafiq sudah suka menoleh ke depan
tanpa sebab dan menoleh ke belakang balik .. menghadapnya.
“Syafiq ! Apsal sekarang kau lain macam je ?”Sarah menarik bahu Syafiq
dan menyuruh Syafiq memandangnya.. tetapi,Syafiq tidak mahu. ‘Apa kena
dengan dia ni ?’Bisik hati Sarah.
“Jomlah .. lama-lama kat
sini sejuklah ! Kau ingat kita kat Malaysia ke ?Dah jom..aku belanja
..”Ujar Syafiq.Dia tidak menoleh kebelakang tetapi tiba-tiba,dia
memegang dan menarik tangan Sarah yang berasa suam itu.Syafiq berasa
sungguh sejuk kerana dia tidak memakai sarung tangan.Sarah berasa
kasihan melihat Syafiq yang sudah kesejukan itu.Sarah sudah membelikan
sarung tangan untuk Syafiq.
Sarah mengeluarkan sekotak hadiah yang dibelinya tadi.Ianya warna kegemaran Syafiq.Biru Laut.
“Syafiq,nah ! Hadiah untuk kau ! Aku beli khas untuk kau !”Sarah
menghulurkan sebuah kotak yang berisi sepasang sarung tangan itu.
Syafiq membuka kotak itu perlahan-lahan.Dia menghentak meja dengan tiba-tiba.Sarah terkejut. ‘Apa yang tak kena tu ?’
“Terima kasih,Sarah ! Aku betul-betul terlupa nak beli sarung
tangan.Warna kegemaran aku pulak tu ! Kamsahamnida ! ( Terima Kasih !
)”Kata Syafiq dengan gembira.Dia sangat terkejut.Dia betul-betul terlupa
hendak membeli sepasang sarung tangan ketika sudah sampai di Korea
Selatan.Dia amat beruntung mempunyai kawan baik seperti Sarah
Syafiqah.Dia tersenyum sendiri.Syafiq mengeluarkan sepasang sarung
tangan itu dan memakainya.
“Wah ! Kau tahu saiz tangan aku jugak !”Syafiq terkejut.
Sejak
bila Sarah tahu saiz tangannya ? .. dia amat kagum dan bangga.. ‘Kalau
si Sarah ni isteri aku .. memang bertuahlah aku ! Hihihi ..’
“Syafiq ! Sini kejap !”Sarah menyuruh Syafiq mendekatkan mukanya.Syafiq
hanya turuti. “Apa jela kau nak buat ni ..”Kata Syafiq.Sarah meletakkan
kedua-dua tangannya ke pipi Syafiq.Mereka bersentuhan tetapi beralaskan
sarung tangan.
“Wah ! Suamnya tangan kau !”Syafiq juga
meletakkan tangannya di pipi Sarah.Sarah terkejut tetapi riaknya
disembunyikan. “Suam jugak tangan kau,Syafiq !”Sarah tersenyum.Mereka
saling memandang antara satu sama lain.
‘Apsal berdebar semacam
je ni ?’Bisik hati Sarah. “Sarah..aku rasa kita patut balik ke asrama
lah .. dah nak maghrib ni .. jom. Eh ! Kejap ! Nak gi bayar jap.. tunggu
!”Ujar Syafiq.Sarah hanya menggeleng kepala nya ..
To Be Continued ...
Labels: BoyORBodyguard