redxky's novel

Boyfriend or
Bodyguard?












X
Friday, 31 January 2014

 
 
Boyfriend Or Bodyguard ? 
 
 



 

Watak Sarah ni pun sepatutnya pakai tudung dalam cerita yang Zie cipta ni . Jadi , bayangkan je la dia pakai tudung . Lawa dia ni ! Dia berlakon dalam cerita Your Lady kat OneHD . Fizo Omar je yang paling hensem :p Aiman tu Yoo Seong Ho . Biasa la Zie peminat KDrama . Habis semua nya nak pelakon korea xD
 


CHAPTER ONE.


Pada suatu petang , seorang gadis manis yang bertudung sedang duduk sambil melukis sesuatu pada buku sketchnya.Dia melukis sebatang pokok bunga yang kelihatan mekar berkembang.Dia tersenyum sendirian.Senyumannya menampakkan lesung pipitnya.

     “ Hai ! Boleh berkenalan ?” kata seorang jejaka muda. Gadis itu mendongak untuk melihat siapakah jejaka yang menegurnya itu. “Maaf.Saya tak ada masa untuk berkenalan.”Senyumannya terus lesap dan gadis itu mengemaskan barangnya.Pemuda itu melihat sahaja gelagat gadis dihadapannya. Pemuda itu tersengih.

     “Hoi ! Kau tak kenal aku ke ?”Pemuda itu bersuara.Gadis itu terus memaling ke arah pemuda itu. “ Kau siapa ? Kau kenal aku ke ?”Tanya gadis itu. “ Kau kenal aku lah , Sarah ! Aku bestfriend forever kau lah ! Syafiq Safwan !”Ujar pemuda yang bernama Syafiq itu.Sarah menepuk dahinya.

     “Ah ! Syafiq ? Biar betul ! Kau ke ni ?  Lagipun, aku dah setahun tak nampak kau . Kau nampak berbeza sangat . Hurm… Maaf ek ? Hehehe ..”Sarah menjelirkan lidahnya.Syafiq bersuara, “Biasa lah aku . Aku kan kacak dari kecik lagi . Okey , aku maafkan kau kalau kau bagi aku jentik dahi kau.Hehehe ..”Sarah menggangguk. “Ok lah ..”

Sarah menlipat sedikit tudungnya.Syafiq sudah bersedia untuk menjentik dahi Sarah. ‘Hehe .. siapa kata nak jentik dahi dia.Apa aku nak buat ek ?’Bisik hati pemuda yang bernama Syafiq.

Sarah memejamkan matanya dan sudah bersedia menerima hukuman. “Oi ! Berapa lama lagi aku nak tunggu ni !”Marah Sarah.

      “Aduh ! Sabarlah kejap ! Tak reti sabarlah kau ni !”

Syafiq tidak menjentik dahi Sarah tapi sebaliknya,dia melarikan dirinya. “Ok dah !”Laung Syafiq dari jauh.Sarah berasa pelik.

     “Apsal dahi aku dia tak jentik lagi ni ? Hoi ! Siap kau ! Kau bukan nak jentik dahi aku tapi lari dari aku rupa nya ! Wei ! Tunggu lah !”Sarah berasa geram melihat tingkah laku Syafiq itu.Syafiq dan Sarah berkawan sejak dari sekolah rendah lagi.Ibubapa mereka sangat akrab sebelum melahirkan mereka.Mereka juga keluarga yang senang.Ayah Sarah mendapat gelaran ‘Tan Sri’ dan begitu juga ayah Syafiq.Ayah mereka bersama-sama memajukan syarikat mereka sendiri.Kini,mereka masih lagi bekerja keras untuk anak-anak mereka.

      Sarah dan Syafiq sebaya.Mereka sekarang berada di Korea Selatan.Mereka melanjutkan pelajaran di KyungHee University.Universiti itu sangat terkenal di Korea Selatan.Dan juga,pelajar-pelajar yang pandai dan keluarga yang mampu sahaja masuk ke sekolah itu.Tetapi,sejak pertama kali mereka menetap di Korea Selatan,Syafiq dan Sarah tidak berjumpa.Selepas setahun ,baru mereka bertemu semula .Ibubapa mereka amat risau jika mereka berpisah.



“ Woi ! Kau nak pergi mana tu, Syafiq !”Sarah menjerit dan menyebabkan orang-orang disekelilingnya memandangnya.Sarah hanya buat tak tahu sahaja.Syafiq menoleh kebelakang dan lihat apa yang berlaku.Dia tersengih.Syafiq melihat Sarah yang sedang memuncungkan mulutnya. ‘Apa lah dia ni ! Hihihi !’Gelak Syafiq dalam hati.Sarah sudah mendekatinya.

     “Wei ! Apsal kau tinggalkan aku kat belakang ?”Sarah memuncungkan lagi mulutnya. ‘Nak aje aku tarik mulut dia ni !’

“Saje je ..”Pendek sahaja jawapan Syafiq.Sarah memandang ke tempat lain.Syafiq memerhatikan Sarah. ‘Sarah .. cantik jugak kau ni ! Bila kau senyum je .. terus cair hati aku ni .. Aku tak nak lelaki lain nampak kau senyum.Aku akan pastikan.’

      Sarah memandang Syafiq yang sedang merenungnya sambil tersenyum. ‘Apa hal budak ni ?’ Sarah melambai tangannya ke muka Syafiq. “Syafiq ! Syafiq ! Syafiq !! SYAFIQ SAFWAN !!!”Sarah menjerit dan menyebabkan orang disekelilingnya memandangnya lagi.Syafiq tersedar dari lamunannya. “Kenapa kau tersengih-sengih pandang aku tadi ?Lepas tu,pandang aku semacam je.”Tanya Sarah.Syafiq menggeleng. “Tak ada apa-apa lah..”Sarah mengeluh. “Belanja aku minum.Dahaga lah .. Aku menjerit kat kau kuat sangat tadi.”Sarah menunjukkan muka manjanya.Syafiq menoleh ke depan. ‘Apsal dengan aku ni ?Berdebar nya hati aku !Comel kot muka Sarah !’

Sarah pelik.Sejak tak berjumpa ni,dia merasakan Syafiq seakan-akan sudah berubah.Dulu,masa Sarah menunjukkan muka manjanya,Syafiq asyik menarik hidungnya sahaja.Tapi,sekarang .. Syafiq sudah suka menoleh ke depan tanpa sebab dan menoleh ke belakang balik .. menghadapnya.

     “Syafiq ! Apsal sekarang kau lain macam je ?”Sarah menarik bahu Syafiq dan menyuruh Syafiq memandangnya.. tetapi,Syafiq tidak mahu. ‘Apa kena dengan dia ni ?’Bisik hati Sarah.

     “Jomlah .. lama-lama kat sini sejuklah ! Kau ingat kita kat Malaysia ke ?Dah jom..aku belanja ..”Ujar Syafiq.Dia tidak menoleh kebelakang tetapi tiba-tiba,dia memegang dan menarik tangan Sarah yang berasa suam itu.Syafiq berasa sungguh sejuk kerana dia tidak memakai sarung tangan.Sarah berasa kasihan melihat Syafiq yang sudah kesejukan itu.Sarah sudah membelikan sarung tangan untuk Syafiq.

Sarah mengeluarkan sekotak hadiah yang dibelinya tadi.Ianya warna kegemaran Syafiq.Biru Laut.

      “Syafiq,nah ! Hadiah untuk kau ! Aku beli khas untuk kau !”Sarah menghulurkan sebuah kotak yang berisi sepasang sarung tangan itu.

Syafiq membuka kotak itu perlahan-lahan.Dia menghentak meja dengan tiba-tiba.Sarah terkejut. ‘Apa yang tak kena tu ?’

     “Terima kasih,Sarah ! Aku betul-betul terlupa nak beli sarung tangan.Warna kegemaran aku pulak tu ! Kamsahamnida ! ( Terima Kasih ! )”Kata Syafiq dengan gembira.Dia sangat terkejut.Dia betul-betul terlupa hendak membeli sepasang sarung tangan ketika sudah sampai di Korea Selatan.Dia amat beruntung mempunyai kawan baik seperti Sarah Syafiqah.Dia tersenyum sendiri.Syafiq mengeluarkan sepasang sarung tangan itu dan memakainya.

     “Wah ! Kau tahu saiz tangan aku jugak !”Syafiq terkejut.

Sejak bila Sarah tahu saiz tangannya ? .. dia amat kagum dan bangga.. ‘Kalau si Sarah ni isteri aku .. memang bertuahlah aku ! Hihihi ..’

      “Syafiq ! Sini kejap !”Sarah menyuruh Syafiq mendekatkan mukanya.Syafiq hanya turuti. “Apa jela kau nak buat ni ..”Kata Syafiq.Sarah meletakkan kedua-dua tangannya ke pipi Syafiq.Mereka bersentuhan tetapi beralaskan sarung tangan.

      “Wah ! Suamnya tangan kau !”Syafiq juga meletakkan tangannya di pipi Sarah.Sarah terkejut tetapi riaknya disembunyikan. “Suam jugak tangan kau,Syafiq !”Sarah tersenyum.Mereka saling memandang antara satu sama lain.

‘Apsal berdebar semacam je ni ?’Bisik hati Sarah. “Sarah..aku rasa kita patut balik ke asrama lah .. dah nak maghrib ni .. jom. Eh ! Kejap ! Nak gi bayar jap.. tunggu !”Ujar Syafiq.Sarah hanya menggeleng kepala nya ..


To Be Continued ...

Labels: