Friday, 31 January 2014

CHAPTER TWO.
Di asrama .. Sarah sedang duduk dikerusi sambil melayari internet.Dia mencari maklumat tentang kerja yang harus dihantar pada gurunya.. Park Ki Soo,seorang guru wanita yang sangat disenangi ramai.Beliau seorang guru yang tegas,berani,pandai,tinggi,kurus,hormat akan orang tua dan banyak lagilah tentang gurunya.Sarah berasa bangga dapat memasuki kelas yang mempunyai guru yang bertanggungjawab.
“Wah ! Banyaknya maklumat yang ada ! Memang betul kata guru Park .. cantiklah cikgu ! Terbaik !”Sarah menunjukkan thumbs up pada laptopnya.Tiba-tiba,berdering lagu Kim Tae Yeon – Closer – .Sarah amat menyukai lagu itu.Sarah menekan butang hijau. “Hello ?”Perkataan pertama yang diucap.
“Yo ! Assalamualaikum ! Kau buat apa tu ?”Sarah sudah dapat mengagak siapa yang akan menelefonnya pada malam itu. “Waalaikumussalam .. Aku tengah cari information untuk kelas petang tadi.Ha ! Syafiq,kau kelas ke-berapa ek ?”
“Oh .. aku pun nak tanya benda yang sama jugak kat kau.Aku kelas ke-5.Kau ?”Tanya Syafiq kembali.Dia tidak mengetahui Sarah belajar di kelas yang ke-berapa.
“Pandai jugak kau ni,Syafiq.Aku kelas ke-7.Nampaknya kelas kita berdekatan.Hehehe ..”Jawab Sarah kembali.Sarah terdengar Syafiq mengeluh. “Kenapa kau mengeluh ni ?Kau penat ke ?Aku pergi bilik kau kalau kau ada masalah tau !Cakap aje !”Sarah pantang melihat bestfriendnya sakit.Dia akan cepat memberikan bantuan kepada rakannya itu. “Aku okeylah.Cuma ..”
“Cuma apa ?Aku tak nak tengok kau sakit ni..Cepatlah cakap weh !”Sarah terjerit sedikit.Dia amat risau ketika ini.Kalau ibubapa Syafiq mengetahui tentang hal ini,habislah.Mereka akan datang kesini dan melawat Syafiq.Sarah tidak mahu ibubapa Syafiq datang kesini.Malaysia dan Korea Selatan amat jauh juga.Lagipun,ibubapa mereka amat sibuk kebelakangan ini.
“Sarah .. tak ada apa-apalah .. Bye ………dump !”Sarah amat risau dikala itu.Dia terus menyarung tudung sarungnya dan keluar.Sarah berlari ke bilik yang didiami rakannya itu.Bilik diantara dia dan Syafiq selang 10 buah bilik.Sarah mengetuk pintu bilik Syafiq.Tidak ada sebarang respon.Sarah memulas tombol pintu.Ianya tidak berkunci.Sarah melihat didalam bilik yang didiami Syafiq itu. ‘Gelapnya ! Mana si Syafiq ni ?’Sarah terasa dia terpijak sesuatu dibawah kakinya. ‘Rasanya .. aku macam terpijak badan orang lah ..’ Sarah mencari suis lampu.Apabila dia sudah menekan suis lampu itu,dia melihat Syafiq terbaring lemah di lantai.
“Syafiq ! Syafiq ! Ya Allah ! Pucatnya !”Sarah berasa gelisah.Dia melihat jam di dinding bilik Syafiq itu. 10:43 malam .. Sarah melihat muka Syafiq .. “Pucatnya ! Sejak bila dia ni demam ni ?Syafiq !”Sarah terkejut apabila mata Syafiq terbuka.
“Sa .. rah .. aku .. demam…Sejuk…nya..”Secara tiba-tiba,Syafiq memeluk Sarah.Sarah kaku seketika.Jantungnya berdegup dengan kencang.. ‘Apakah perasaan ni ?Aku tak pernah rasa macam ni kat lelaki.. kecuali Syafiq.Cinta ke ni ?’
“Kejap !”Sarah menanggalkan jaketnya dan disarungkan pada badan Syafiq itu. “Sarah .. aku tak nak kau pulak yang demam.Kau aje lah yang pakai jaket ni…”Kata Syafiq dalam keadaan lemah.Dia tidak mahu Sarah pula yang sakit kerana dia.
Sarah menolak jaketnya dan kembali menyarung dibadan Syafiq.
“Aku tak nak ! Kau pakai lah ! Aku tak nak kau sakit !”Jerit Syafiq.Sarah menggelengkan kepalanya. “Hmm .. yang sakit sekarang ni siapa ?Aku ke kau ?Yang sakitlah sepatutnya yang pakai ! Aku tak nak kau sakit dengan teruk lagi ! Aku nak jaga kau sampai kau sembuh !”Jerit Sarah kembali.Dia tidak mahu Syafiq sakit dengan teruk lagi.Dulu,semasa mereka bersekolah menengah,Syafiq hampir-hampir jatuh dari tangga disebabkan dia berasa tidak sihat masa tu.Nasib baik,pada masa itu Sarah menyambutnya.Ketika itu,Sarah mahu berjumpa dengan guru kelas tentang kerja rumah tapi telah terbantut ketika dia ternampak Syafiq hampir terjatuh dari tangga.Sarah memarahi dirinya sendiri dan hampir sebulan dia tidak menegur Syafiq.Tapi,setelah sebulan berlalu,Sarah kembali menegur Syafiq.Dia berasa bersalah kerana tidak menjaga Syafiq.Keluarga mereka mahu mereka saling jaga-menjaga antara satu sama lain.
“Yelah.. aku pakai..achummm !”Syafiq terbersin.Sarah hanya memerhati. “Jomlah ! Kita pergi hospital ! Cuaca kat sini memang sejuk.Jom !”Sarah membangunkan Syafiq yang dari tadinya asyik terbaring lemah dipahanya.Syafiq hanya menurut.Dia juga tidak mahu penyakit yang dialaminya sekarang ini berlarutan.Dia juga masih belum menyiapkan kerja yang diberi gurunya.Sarah memapah Syafiq sehingga ke kereta Sarah.Sarah membuka pintu untuk Syafiq.Sementara itu,Sarah memanaskan keretanya dahulu.Ketika itu,Sarah memandang Syafiq yang duduk bersebelahan dengannya.Sarah terkejut.Syafiq juga memandangnya.Sarah menoleh ke depan dan memandu keretanya.
Doktor tersebut memberikan ubat kepada Syafiq.Syafiq menyambutnya dan berlalu pergi ke arah Sarah.
“Apa doktor tu kata ?”
“Tak ada apa-apa..Cuma doktor tu kata ..”Syafiq mencebikkan bibirnya..Sarah pelik.
“Kau faham ke apa dia kata ?”Tanya Sarah.
“Faham sebab ada orang yang translate kan..kau nak tahu ke tak nak ni ?”
“Nak lah ! Doktor tu cakap apa ?”Sarah tidak sabar untuk mengetahui apa yang hendak dikatakan oleh Syafiq.Syafiq mengeluh. ‘Berat sangat ke ?’Tanya Sarah dalam hati.
“Doktor tu kata jaket yang aku pakai ni kecik sangat dan tak sesuai untuk aku.Ada ke dia kata camtu ?Sakit je hati aku !”Syafiq menumbuk-numbuk dadanya.Sarah tergelak kecil.Syafiq tersenyum.. ‘Dapat juga aku tengok dia senyum..sejak beberapa hari ni .. dia jarang senyum..’Bisik Syafiq dalam hati. “Hmm .. dahlah .. jom kita balik.Dah ambil ubat .. oh ya ! Syafiq,jom kita pergi kedai kejap.”Sarah mengajak Syafiq pulang tetapi,sambil itu dia terfikir.Dia mahu pergi ke kedai sekejap untuk membeli roti dan kaya jem.Dia mahu memberikan makanan yang dibelinya nanti kepada Syafiq.
“Hm .. jomlah ! Sebelum kedai tutup ..”Syafiq menarik tangan Sarah.Sarah berasa jantungnya berdegup dengan pantas. ‘Hati .. kenapa dengan kau ni ? Laju jugak kau berdegup ni !’Bisik hati Sarah.Syafiq memandang Sarah yang sedang memukul dadanya itu. ‘Apahal lah budak ni ?Apalah agaknya dia fikirkan ?’
“Sarah ! Sarah !”Syafiq memanggil Sarah yang kelihatan sedang termenung itu.Sarah masih lagi termenung selepas Syafiq memanggilnya.Syafiq mendekati Sarah.Dia melambaikan tangannya ke arah muka Sarah. ‘Hm .. kuatnya dia berangan..dah sampai kedai pun tak sedar lagi..hm..’Syafiq memandang kedai yang berada dihadapannya. ‘Nampaknya kedai ni buka 24 jam..baguslah ! Kalau aku nak beli apa-apa .. beli aje dekat kedai ni ..’Syafiq bercakap dalam hatinya..
“Woi !”Syafiq sungguh terperanjat apabila Sarah mengejutkan dirinya.Syafiq mengurut-ngurut dadanya. ‘Ada-ada saje kau ni kan ! Geram aku !’Syafiq berasa sedikit marah terhadap Sarah jadi dia mencubit pipi Sarah yang sedikit montel itu.
“Esh ! Sakitlah !Sorrylah .. hehehe ..”Sarah mengosok-gosok pipinya yang merah itu akibat kesan cubitan daripada tangan Syafiq.
“Dahlah tu kalau nak berangan pun…ni ha ! Kita dah sampai kat kedai ni..depan mata pun tak nampak .. aku masuk dulu ..”Sarah mencebik .. ‘Merajuklah tu !’
Sarah mula memasuki kedai yang penuh dengan barang-barang.Makanan ada,barang-barang sukan ada,peralatan menukang ada, dan .. macam-macam lah !Sarah mencari apa yang mahu dibelinya.Sambil mencari,matanya tertumpu pada sepasang gelang yang cantik.Ukirannya juga bagus..
“Aku rase .. gelang sepasang ni untuk couple lah ..tak dapat nak beli..”Sarah menyambung mencari makanan yang hendak dibeli.Syafiq terdengar rungutan Sarah. ‘Hm ! Apalah ! Dia ingat yang single pun tak boleh beli ? Kan ada banyak lagi ! Tak pelah .. biar aku yang belikan untuk dia.’
“Ha ! Dah jumpa pun ! Roti satu kat atas ni .. kaya jem kat bawah ni .. nak beli kaya je ke ?Rasanya .. baik beli strawberry jem sekali.Harap-harap si Syafiq ni makan..”Sarah tersenyum.Dia mengambil strawberry jem dan berjalan menuju ke kaunter.Dia melihat Syafiq juga membeli barang.Tapi,dia tidak tahu apakah barang itu ?
“Cepatlah bayar..aku tunggu kat luar..”Syafiq menunjukkan yang dia sudah selesai membayar.Syafiq mahu memberikan kepada Sarah apabila di kereta nanti.Pasti Sarah terkejut nanti..hehe..
“Hmm .. yelah..”Sarah meletakkan barang-barang yang hendak dibeli itu diatas meja kaunter.Fuh ~ Nasib baik barang-barang kat sini tak mahal sangat.Cukup-cukup je nak beli .. tapi..aku nak beli gelang tu.. cantik ! Ha ~ Esok-esok jelah kau beli…lagipun banyak lagi tu… Sarah meninggalkan kedai itu dan dia melihat Syafiq sudah kesejukan menunggunya.Alamak ! Berangan pulak tadi ! “Jomlah ! Meh aku tolong bawakan barang tu ..”Syafiq merampas beg plastik yang Sarah bawa.
“Syafiq .. makanan tu untuk kau ..aku belikan untuk kau..kalau kau lapar kat asrama..makanan tu boleh alas sikit perut kau tu.”Sarah bercakap dengan Syafiq tetapi dia tidak memandang ke arah muka Syafiq.
“Sarah .. terima kasih untuk makanan ni .. yang kedua .. ..boleh kau pejamkan mata kau ?”Mereka sudah sampai di tempat parking kereta.Jadi,Syafiq mahu memberikan gelang itu kepada Sarah.Sarah menggangguk.
“Boleh hulurkan tangan kau ?”Tanya Syafiq lagi.Sarah hanya menurut.Syafiq mengeluarkan sepasang gelang yang dibelinya tadi. “Ok .. buka lah mata kau.Tengok apa yang ada kat atas tapak tangan kau…”Syafiq tersenyum.Pasti Sarah terkejut melihat apa yang ada di tapak tangannya… Perlahan-lahan Sarah membuka matanya..dia sungguh terkejut.Gelang yang mahu dibelinya tadi sudah ada ditapak tangannya.Sarah memandang Syafiq.Dia berasa terharu.Sarah sedar atau tidak…dia terpeluk Syafiq.Syafiq amat terkejut.Sarah meleraikan pelukannya..
“Terima kasih banyak-banyak,Syafiq ! Aku akan jaga baik-baik gelang yang kau beri ni ! Tapi,lagi satu gelang ni…kan lelaki punya .. takkan aku nak pakai sekali ?”Syafiq mengambil gelang yang dikatakan Sarah lalu dipakainya. “Kalau macam tu…bagi aku jelah ! Lagipun,aku kan bestfriend kau .. eh ?”Sarah tergelak kecil melihat gelagat Syafiq itu.Sarah hanya menggangguk..
“Terima kasih ! Hehehe !”Syafiq terpeluk Sarah dengan erat.
Sarah amat terkejut dan juga sesak nafas. ‘Ada ke patut gi peluk aku kuat-kuat macam ni… sesak nafas aku dibuatnya’Bisik hati Sarah.
“Sya … Syafiq … aku .. tak…b..boleh … huhhh !”Syafiq meleraikan pelukannya sebelum Sarah menghabiskan ayatnya.
“Sorry Sarah ! Tak sengaja !”Syafiq menunjukkan wajah manjanya.Sarah hanya tergelak kecil.Di saat itu,hati Sarah berdebar hebat.Dia dan Syafiq bertentang mata. ‘Apa ni ? Ada sesuatu mencucuk hati aku dan rasa berdebar gila ! Harap-harap muka aku tak merah sangat ..’Bisik hati Sarah yang kini tidak terkawal hatinya.Bagai mahu melompat sahaja dari badannya ini.Sabar , Sarah …
“Dah lah … Jom ! Kita balik .. macam buang masa aje dekat sini ..”Ajak Syafiq.Dia mengaturkan langkahnya dan Sarah hanya membuntuti..Tanpa Sarah sedari , Syafiq berhentikan langkahnya dan berpusing menghadap Sarah.Dia menghulurkan tangannya.
“Kau nak apa ni ? Nak bawak kereta la tu ! Tak boleh ! Kau tu .. masih tak sihat.Aku kena jaga kau sampai kau sembuh.Dah , jom ! Tak payah nak buat muka memuncung camtu ,..”Sarah membuka pintu untuk Syafiq dan dia kemudian menghidupkan enjin keretanya pada malam yang sejuk itu. Sambil menunggu keretanya panas , Sarah memerhatikan Syafiq.Sarah melihat Syafiq sedang termenung sendirian dan dia memandang ke bawah melihat kasutnya. ‘Apa yang tak kena tu ? Teringat awek ke ? Takkanla kat kasut dia tu ada muka awek dia tu ? Pelik aku dengan dia hari ni ..’
Syafiq hanya termenung sahaja dari tadi. ‘Ah .. biarlah dia layan perasaan dia .. aku nak memandu , karang tak fokus pulak !’
“Syafiq .. Syafiq …”Sarah mengoncang-goncang tubuh sasa milik Syafiq itu.Sambil itu , dia memerhatikan setiap sudut wajah milik lelaki itu.Sarah tidak perasan bahawa lelaki yang disayanginya sebagai bestfriend itu mempunyai wajah yang kacak.Sarah tersenyum sendiri. ‘Mana mungkin dia nak kat aku ? Mungkin juga dia dah ada girlfriend ke .. mana tau ? Dah la ! Baik kejutkan dia !’
“Syafiq … Syafiq … Bangunlah .. kita dah sampai kat asrama ni .. Syaaaaaaa !!!” Dengan secara tiba-tiba , tubuh Sarah sudah ada dalam dakapan Syafiq. “Hmm … I love you ..” Terkejut Sarah dibuatnya.. ‘Hm .. mengigau rupanya budak ni ! Aduh ! Pelukan dia ni kuat sangat lah ! Macam mana aku nak lepas ni ?’Sarah mengangkat sepasang tangan milik Syafiq itu tetapi tidak berjaya jugak hendak melepaskan diri.
“Syafiq ? Syafiq ! Syafiq !!”Sarah menjerit dengan separuh kuat.Dia melihat jikalau pengawal keselamatan itu terjaga.Sarah melihat Syafiq terkebil-kebil memandangnya.Syafiq melepaskan Sarah dan dia membangunkan Sarah.Hati Syafiq berdebar tak menentu.Dia mimpi apa tadi ? Sampai terpeluk si Sarah tu ?
“Sarah .. maaf tau pasal tadi.Aku tak sengaja peluk kau tadi..Maaf ye ?”Syafiq mohon simpati.Dia memang tidak sengaja mahu melakukan hal seperti tadi. “Erm .. aku maafkan .. tapi , meh sini kejap !”Sarah mahu Syafiq menunduk sekejap kerana dia mahu merasa dahi lelaki itu. “Hai ~ Panas lagila .. mungkin tadi kau mimpi buruk tak ? Aku dengar kau cakap “I love you” kat siapa la tu .. ? Girlfriend kau muncul dalam mimpi kau kot !”
Syafiq hanya membisu.Dia membiarkan sahaja gadis itu berbicara.Dia merasa kepalanya berdenyut-denyut.Tidak mampu untuk bercakap apa-apa.
“Syafiq .. cepat masuk dalam bilik kau. Nanti tak pasal-pasal kau terjatuh kat lantai luar ni pulak !”Sarah mendekati Syafiq yang sudah tidak mampu untuk berjalan itu.Dia memapah jejaka itu hingga ke biliknya.
“Syafiq .. kau berehatla dulu .. kejap lagi aku datang lagi. Aku nak ambik barang kejap dekat bilik aku , tau ?”Sarah mahu melangkah pergi tetapi Syafiq menyentap tangannya.Sarah terasa dadanya berkocak dengan hebat.Janganlah datang perasaan ni ! Pergi jauh ! Jangan kau rasuk aku !
“Kenapa ni , Syafiq ?”Tanyaku pada Syafiq.Kemudian , dia duduk dan menyuruhku duduk disisi nya.. Ada apa yang tak kena ni ? Syafiq kemudian mendekati aku dan hendak memegang kedua-dua belah pipiku tetapi aku pantas mengelak.Kenapa ni ?
Tetapi , dia berjaya memegang kedua-dua pipiku.. ada yang tak kena ni .. rindu ke dia dengan girlfriend dia tu ?
“Syafiq .. kau rindu girlfriend kau ke ? Aku bukan girlfriend kauuuu !!”Sarah amat terkejut.Syafiq hampir mengucup pipinya ! Sarah melepaskan pegangan tangan Syafiq.
“Syafiq ! I’m not your girlfriend !”Sarah menjerit separuh kuat.Dia tidak menyangka Syafiq akan berbuat begitu terhadapnya. Taulah sekarang kita bukan dekat Malaysia !
“Sarah .. I don’t have any girlfriend…I …Actually ..”Syafiq menokhtakan kata-katanya disitu.Apa ? Jadi , kenapa Syafiq buat perkara sedemikian ? “Awak tak sihat ke ? Saya rasa penyakit awak ni teruk la .. jom , kita pergi klinik lagi ..”Sarah separuh bangun apabila tangannya ditarik oleh Syafiq. Sakit-sakit macam ni pun ada tenaga lagi ye ? ..
“Sarah .. actually .. aku ..”Sarah semakin pelik dengan keadaan sekarang.Sudahlah larut malam…nampak nya dia tidak akan tidur malam ini…
“Syafiq .. boleh tak awak jangan cakap tersekat-sekat ? Makin pelik jadi nya…saya pun bertambah ragu ..”
“Sarah .. aku hanya akan cakap sekali ni .. baik kau dengar betul-betul tau ! Selepas aku beritahu .. aku harap kau akan mempertimbangkannya..”Syafiq membuat Sarah tidak keruan.Mempertimbangkannya ? Hal penting la ni ..
“Aku akan cakap sekali .. so kau dengar betul-betul ..”
“Ye … aku akan mendengar .. dengan teliti .. jadi , cakaplah ..aku dah bersedia nak mendengarnya ..”
“Baiklah .. aku harap kau tak terkejut. Saya … aku ..”
Haih ~ Cakap tersekat-sekat lagi .. patutlah tak pernah nak ada girlfriend ..
“Saya … ermm ..”Sarah menggeleng kan kepalanya.
“Syafiq .. kau ni .. cakap aje aku tak marah .. tapi , terkejut tu .. tak pastilah ..”
“Okey .. aku nak cakap ni ..”Syafiq menarik nafas dalam-dalam dan hembus .. agaknya dia sudah bersedia..Sarah membetulkan duduknya itu.Dia terasa tidak selesa pula ..
“Sarah … aku mencintai kau sejak kita masih kecik lagi !!”Sarah terkejut.Dia melihat muka Syafiq yang sudah berwarna merah merona itu.
“Jadi , Sarah .. kau akan mempertimbangkannya kan ?”Syafiq mengharapkan jawapan daripada mulut aku. “Er .. ermm .. Syafiq ..aku pun tak tahu .. setiap kali aku bersama kau , kau pegang tangan akulah .. aku rasa semacam ..jantung aku rasa macam berdebar hebat, perasaan apa ni ek ?”Syafiq melopong.Tak sangka Sarah begitu terus terang dengannya.Dia pun merasakan yang sama.Syafiq pasti .. apa yang dirasakan oleh Sarah itu pastinya cinta.C.I.N.T.A.Sarah terus menekup mulutnya itu.Lancang dan senangnya dia bersuara..dihadapan lelaki yang telah meluahkan perasaan padanya pula tu ! Mukanya begitu merah .. Syafiq juga terperasan.. dia hanya tergelak kecil.Dulu , Sarah memberitahunya bahawa dia tidak tahu apa makna cinta…
Sampai sekarang , Syafiq tidak memberitahu Sarah .. apa jawapannya..
“Syafiq .. tak payah la kau bagi jawapan untuk soalan tu .. soalan apa tah yang aku tanya kat kau tu ..”Sarah masih dengan mukanya yang merah itu.Comel !
“Tak apa. . aku tak kisah .. lagipun , kita dah lama kenal.Jadi , tak payah lah nak malu-malu pulak ..”
“Er … Ah ! Syafiq , aku nak masuk bilik aku .. bye ! Jumpa esok !”Sarah mahu cepat-cepat keluar dari bilik Syafiq itu. Dia tidak mahu ada perkara yang tidak dijangka akan berlaku.
‘Fuh ~ Nampaknya Syafiq tak tarik tangan aku. Selamat jugak ! Dahlah kerja yang cikgu Park bagi tadi tak siap lagi … mati aku !’
Sarah menutup pintu bilik Syafiq dengan perlahan.Sarah lihat Syafiq tidur dengan lena.Sarah mengeluh.
“Hi , Sarah !” Sarah sungguh terkejut.Dia menoleh kebelakang dan melihat siapakah yang menegurnya itu. ‘Tak silap aku , suara lelaki ni..mati aku !’
Sarah melihat muka jejaka itu. ‘Rasanya muka dia ni macam orang melayu lah ..’
“Saya Aiman .. Aiman Syakir .. Saya pun dari Malaysia jugak ..” Aiman menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Sarah. Sarah menyambutnya. “Saya , Sarah Syafiqah ..”
To Be Continued ...
Labels: BoyORBodyguard