redxky's novel

Boyfriend or
Bodyguard?












X
Sunday, 1 June 2014

 
 
 Boyfriend or Bodyguard ?
( don't ya copy all these words !)
 
 
 
 
  CHAPTER THREE.


 
“Oh .. korang kawan sejak kecik la ek …” Sarah menggangguk.
       “Awak … tak tidur ke ?”Tanya Sarah. Aiman tersengih.
       “Saya tak boleh tidur .. jadi , saya sengaja ambil angin .. tiba-tiba , nampak awak keluar dari bilik Syafiq tu .. jadi , saya tegurlah awak ..”

       “Oh … awak sekelas dengan Syafiq ke ?”
       “A’ah .. tapi , saya tengok Syafiq tu macam jenis pendiam sikit lah .. saya tegur dia .. dia senyum dan cakap ‘Hi !’ je ..”

Sarah tersenyum menampakkan lesung pipitnya.Aiman memandang Sarah tanpa berkelip. “Tak ada maknanya .. bagi saya pulak dia tu jenis yang banyak cakap .. tak mungkin lah kat kelas dia tu pendiam… tapi , dia baik ..” Sarah tersenyum lagi.Aiman hanya melihat Sarah.Sarah berasa tidak selesa dengan pandangan yang dilemparkan oleh Aiman.


      “Ai … Aiman .. saya baru teringat yang saya ada kerja yang belum disiapkan lagi .. kalau ada masa lagi , kita berbual lagi ye .. hm .. bye !”Sarah berjalan laju meninggalkan Aiman seorang diri di bangku.Tapi , Aiman lebih pantas bertindak. Dia menarik tangan Sarah dan memusingkan tubuh Sarah menghadapnya. ‘Apa kena dengan mamat ni ? Tarik-tarik aku lagi ..’

      “Sarah … saya nak bagi tahu sesuatu ..” Sarah dan Aiman bertentang mata. Sempat lagi , Aiman mengenyitkan matanya.

Sarah memandang ke tempat lain. ‘Alamak ! Dia ni nak goda aku ke apa ? Aku tengok dari gaya pakaian dia .. rambut dia .. macam playboy aje .. nanti aku nak tanya Syafiq lah ..’
      “Sarah .. saya suka awak ..”Aiman mengenyitkan matanya lagi.
‘Hm .. dah agak dah ! Dahlah luahkan perasaan direct je , kenyit mata pulak tu ! Ingatkan baik orangnya .. rupa-rupanya ,.. playboy ..’


     “Maaf ye ,  saya nak kena balik ke bilik ..” Sarah tersenyum. Tapi , disebalik nya ..
     “Nanti lah dulu , Sarah !”Aiman menarik lengan Sarah.Sarah merentap kembali lengannya.
     “Awak ni ! Tak faham ke ? Saya nak balik ke bilik nak siapkan kerja saya !”Sarah sedikit menjerit.
     “Memang saya tak faham ! Saya nak couple dengan awak ..”


Sarah hanya tersenyum sinis. “Aiman .. saya tak nak couple dengan awak .. so ..awak pergilah couple dengan budak-budak perempuan yang sukakan awak !”Sarah berlalu meninggalkan Aiman. “Tengoklah nanti .. Sarah .. saya akan pastikan yang awak milik saya !”Aiman tersenyum.Dia berkata sedemikian apabila Sarah sudah hilang dari pandangan.


“Sarah ! Sarah Syafiqah !” Syafiq menjerit untuk keberapa kali.
Sarah termenung sendirian tanpa menghiraukan keadaan sekeliling kafeteria.Syafiq mengeluh. ‘Apa kena dengan Sarah ni ? Biasanya , lain je .. hmm .. memang ada yang tak kena ..’
       “Sarah .. kau bagilah tau aku apa masalah kau ! Mana tahu , aku pun tahu ke perkara ni ..”Syafiq mengangkat keningnya.


       “Memang kau tahu ..”Sarah akhirnya bersuara juga.


       “Kau kenal Aiman Syakir kan ? Budak kelas kau ?”Sarah bersuara lagi.Syafiq hanya menggangguk.
       “Dia tu playboy ke ? Suka bersosial ke ? Pandai ?”Sarah bertanya lagi.

       “Dia tu .. memang lah playboy , bila nampak gadis cantik macam kau ni .. mestilah dia terpikat.Dia memang suka bersosial .. lagi satu , mestilah dia pandai.Kalau tak pandai , buat apa masuk kelas aku .. tu …cuba kau tengok dia kat sana ..”


        Sarah hanya memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Syafiq.Mereka melihat Aiman sedang berbual mesra dengan beberapa orang gadis cantik disekelilingnya. ‘Mesti budak-budak perempuan tu budak popular .. tengok dari cara pemakaian dia pun aku dah tahu .. tapi , diorang orang Korea ..’
Syafiq melihat Sarah hanya termenung memandang Aiman. ‘Apa yang handsome nya mamat tu ?’
     “Sarah … jom ! Kita pergi jalan-jalan , nak ?” Sarah menoleh memandang Syafiq.Sarah menggangguk.Mereka mengemaskan barang-barang mereka yang berselerak atas meja.
     ‘Hm ! Diorang nak pergi mana tu ? Aku nak ikut lah .. hehehe..”



Sarah dan Syafiq berjalan di kawasan universiti mereka. Amat indah dan sejuk ! Sarah memeluk tubuh. Cuaca hari ini agak sejuk.
Syafiq hanya tersengih.

     “Apa ? Kenapa kau tersengih-sengih ni ?” Sarah memandang Syafiq yang berjalan disebelahnya.
     “Tak ada apa-apalah ! Saje gelak .. tu pun tak boleh ke ?”

“Tak boleh ! Lagipun , aku tak buat apa-apa !”Sarah memukul lembut bahu Syafiq. “Auch ! Sakitlah !”
     “Mak ai … orang pukul lembut je , bukan kasar pun ..”Sarah memuncung.Sambil itu , seseorang memerhatikan mereka dengan perasaan yang bercampur baur.

     “Ah ! Geramnya aku ..! Jealous plak aku tengok diorang tu … haih .. Sepadan pulak diorang berdua tu..”


Sarah meminta kebenaran dari guru kelasnya , Park Ki Soo untuk mengambil kerja yang suruh disiapkan. Dia terlupa hendak mengambilnya pagi tadi. Pagi tadi , Syafiq mengajaknya membuat ulangkaji tentang pelajaran di kafeteria.Selepas itu, mereka berjalan-jalan mengambil udara segar dalam kawasan universiti mereka.Sarah tersenyum sendiri.Dia berlari ke biliknya yang berada tidak jauh dari kelasnya. Sarah mengeluarkan kunci biliknya didalam poket.Dia memulas tombol pintu biliknya dan secara tiba-tiba , Aiman datang ke arahnya dan menariknya masuk ke dalam bilik. Aiman menutup pintu bilik Sarah dengan perlahan.
      “Apa kau buat ni ? Keluar dari bilik aku !”Aiman tersenyum sinis. Sambil itu , Sarah mencari sampul kertas yang tersimpan di meja belajarnya. Tak ada pun ? Mana ? Tak silap aku .. aku letak kat meja belajar .. tak mungkin hilang ..


     “Sarah .. kau cari ni ke ?” Aiman mengangkat sampul kertas yang Sarah cari-cari ..Sarah terkejut ..Macam mana dia dapat sampul kertas tu ? Sarah mengangkat kening kanannya.
     “Dari mana aku dapat benda ni , kau tak payah nak tanya .. tu tak penting .. kau nak ke tak nak sampul kertas ni ?”Sarah melompat-lompat hendak mengambil sampul kertasnya itu.
     “Hm ! Kalau kau nak ni , kau kena setuju jadi awek aku dulu .. baru aku bagi benda ni ..”Aiman tersenyum.Sarah tidak mahu mengalah.



“Hm .. Miss Park , can I ..”
      “Yes , but , she is not in my class right now . She said that she want to go to her room for a while.” Syafiq hanya menggangguk.
 Syafiq berlalu meninggalkan kelas Sarah dan pergi mencari Sarah dibiliknya.
    


“Bagilah balik  !!”Air mata Sarah hampir jatuh disebabkan lelaki dihadapannya ini. Tak boleh bazirkan air matanya yang mahal ini disebabkan lelaki ini ! Harus kuat !
     “Tak boleh ! Tak boleh !”Aiman mengejeknya dan menjelirkan lidah pada Sarah.Sarah berasa geram lalu menolak Aiman ke katilnya dan Aiman menariknya sekali. Sarah amat terkejut. Aiman mengucup pipinya dan sampul kertas itu menutup muka mereka berdua.Sarah terus bangun dan merampas sampul kertas itu dari tangan Aiman.Aiman tergelak kecil lalu meragut tangan Sarah hingga Sarah terdorong kebelakang.Aiman mengambil peluang itu dan memeluk Sarah dari belakang.


     “Lepas … lah !”Sarah meronta-ronta hendak melepaskan dirinya.Aiman masih memeluknya.Tiba-tiba , pintu bilik Sarah terbuka dan Sarah melihat Syafiq yang membuka pintunya.Syafiq melopong.Aiman ? Kenapa Aiman peluk Sarah ?


 Sarah meronta-ronta hendak melepaskan dirinya dari pelukan itu , akhirnya Aiman lepaskannya juga.
     “Syafiq … ini semua salah faham. Tolonglah , Syafiq ! Maafkan saya !”Syafiq berjalan ke arah Aiman lalu dia menumbuk muka Aiman sehingga Aiman terjelopok jatuh diatas katil Sarah.Syafiq menarik tangan Sarah dan mereka berlalu pergi.


Sarah berasa terkejut.Hatinya begitu sayu mendengar perkataan yang dikeluarkan dari mulut Syafiq.Air matanya hampir mengalir namun ditahan.


      “Sarah ! Kau dengar tak apa aku cakap tadi ?”Syafiq menjerit dengan agak kuat tetapi , mereka berada ditempat yang sunyi sedikit.Sarah agak terkilan. Apa salah dia ? Sampai dia dijerit dengan sebegitu rupa ? Dari bestfriend forever atau orang yang pernah luahkan perasaan padanya pula ! Syafiq hanya mengeluh berat dan berlalu pergi. Dia memandang Sarah sekilas. Sarah hanya memandang Syafiq dari jauh sehingga tidak nampak bayangnya lagi.Sarah terduduk.



       ‘Apa salah aku ? Kenapa dia nak aku suruh aku lupakan yang apa yang pernah kita buat ? Kitakan bestfriend ! Kenapa kau buat aku macam ni ? Lepas tu , kau suruh aku lupakan tentang luahan perasaan kau pulak ! Kau kata aku pilih Aiman ? Tak ! Kau silap, Syafiq ! Lagipun , kejadian kat dalam bilik aku tu , perkara yang tak dijangka ! Kau silap Syafiq ! Sebelum kau cakap tu , selidiklah dulu ! Sikap panas baran kau tu .. memang takkan berubah ! Kalau macam ni , memang susah nak dapat isteri !’Sarah bercakap dengan penuh perasaan dalam hatinya.Sarah terduduk di lantai sambil memeluk sehelai sampul kertas.Dia menangis semahu-mahunya.Lagipun , tiada sesiapa yang ada disitu kecuali dia seorang.Hari ini , dia terpaksa ponteng kelas hanya disebabkan perkara buruk ini. Kenapalah aku terlupa nak bawa sampul surat ni ? Kan dah jadi perkara buruk yang tak disangka-sangka ! Putus kawan pulak tu ! Aku tak ada kawan yang lain selain dia , dan cikgu Park. Tak apalah ! Aku akan berusaha mencari kawan sendiri tanpa bantuan sesiapa pun !


       “Fighting, Sarah !”Sarah menjerit dengan agak kuat.Dia tidak kisah kali ini. Dia mahu berdikari ! Walaupun , Syafiq mahu putus kawan dengannya .. tapi , sekarang dia tidak kisah lagi ! Sarah mengesat air matanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya.


       “Oit !”Sarah terkejut.Seseorang menyapanya secara tiba-tiba. ‘Siapa pulak yang tegur aku ni ? Setahu aku , aku seorang je dekat kawasan ni .. takkanlah ..’Sarah menoleh kebelakang dengan perlahan-lahan… Aiman ? Buat apa dia kat sini ? Aku tak nak jumpa dia !


       Sarah berjalan meninggalkan Aiman.Sarah tersentak. Aiman menarik tangannya dengan kasar dan pegangannya kuat.Sarah menarik tangannya tapi , tak boleh.Aiman mengenggamnya dengan erat. ‘Sakitlah bengong !’



       “Sarah .. maafkan saya .. saya dah buat awak dan Syafiq putus kawan .. Maafkanlah saya .. Saya janji akan buat apa sahaja yang awak suruh .. Tolonglah ..”


       “Okey , tapi sebelum tu , lepaskan tangan saya..”Sarah memuncungkan mulutnya ke arah pegangan yang erat itu.Aiman akur. Dia melepaskan tangan Sarah.Sarah memegang-megang tangannya itu.

       “Auch !” Sarah melihat tangannya yang sudah merah biru itu. Memang kuat betul ya tangan lelaki ni .. nak lari pun susah lah macam ni !


       “Awak tak apa-apa ke ?”Aiman mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.Sarah hanya memerhati.‘Keluarkan sapu tangan ?’


Aiman terus membalut Sarah dengan sapu tangannya. Sarah melihat wajah Aiman. ‘Boleh tahan .. hidung mancung sket , bulu mata lentik jugaklah , bibir ..’


       “Boleh tak kalau awak jangan pandang saya macam awak nak telan saya ?”Aiman mendongak memandang Sarah. ‘Dia ni , kalau tak pakai makeup pun nampak cantik ..’


       “Alah ~ Awak pun sama je .. pandang saya macam nak makan saya jugak .. Ah ! Sambung pasal tadi , awak kata awak janji kalau saya …” Aiman menggangguk.
       “Baiklah .. memandangkan awak dah lukakan tangan saya dan tolong balutkannya .. saya bagi awak peluang. Tapi , saya tetap takkan maafkan awak pasal dalam bilik saya tadi.”Aiman tersenyum penuh ceria.
       “Terima kasih , Sarah ! Tapi , peluang untuk apa ?”
Sarah terkedu. Peluang untuk apa ? Karang dia fikir aku bagi dia peluang ni supaya aku dapat couple dengan dia ? Tak nak !!


        “Peluang untuk berkawan…”Aiman menggangguk.Sarah tersenyum dan berlalu pergi. Aiman menghalang laluannya.Apa lagi budak ni ?

        “Tapi , kalau saya ada peluang lain ,.. saya nak curi hati awak ! Awak kena couple dengan saya !” Sarah hanya membisu. Haih ~ Budak ni tak serik lagi agaknya… lagipun , aku tak maafkan dia lagi pasal dia cium pipi aku dengan peluk aku ..


         “Tak boleh ! Saya tak nak couple dengan awak .. Saya tak nak ada hubungan dengan awak ! Oh ya ! Saya baru perasan .. awak ada luka kat pipi .” Sarah memegang pipi Aiman tetapi dengan memakai sarung tangan. Aiman terkejut. Sarah pula asyik memandang luka yang ada dipipinya. Sakit juga pukulan Syafiq tadi.


        “Teruk juga luka awak .. jom ! Kita pergi bilik kesihatan.” Sarah memusingkan badan Aiman kedepan dan dia menolak Aiman dibelakang. Aiman hanya tersengih ..

        “Nampaknya .. awak risaukan saya ..” Sarah hanya membisu. Sejak bila aku jadi baik pulak ni ? Selalunya , apa yang dia nak aku buat mesti aku tak nak .. tapi … kenapa dengan aku ni ? Sarah menggeleng kemudian tersenyum. Tetapi ,…. Sarah berasa lain macam. Dia berasa ada seseorang sedang memerhatikan dia dan Aiman. Sarah memusing kebelakang. Hm .. perasaan aku je kot …



        “Sarah …. Maafkan aku .. Aku mahu jauhkan diri aku dari kau . Tulah yang aku nak katakan .. Aku ada penyakit yang tak dijangka .. Ianya serius juga. Aku baru tau penyakit ni ..pagi tadi. Aku lepaskan kau, Sarah .. Maafkan aku kerana buat kau nangis tadi . Aku dah nampak segalanya tadi. Tak sangka si Aiman tu ada kat situ. Nampaknya , kau lebih bahagia kalau dia berada disisi kau …” Syafiq berlalu pergi .


Sarah mengambil sehelai tuala yang telah tersedia didalam almari.
Dia mengambil sebakul besen kecil dan dia mengisikan air didalamnya. ‘Time macam ni takkan tak ada doktor kot ! Aku yang kena rawat dia .. tak apalah ..’


      “Urm .. Sarah …”Sarah menoleh dan memandang Aiman.
      “Kenapa ? Nak apa-apa ke ? Nanti aku ambil kan ..”Sarah mahu keluar dari bilik kesihatan tapi ,..
      “Tak, Sarah … Saya .. tak apa-apa lah. Tak payah lah nak rawat saya macam saya ni sakit sangat.”
      “Tak . Tak boleh .. Lebam dah aku tengok kau punya pipi ni. Meh sini , aku lap.” Sarah mengelap pipi Aiman yang sedikit berdarah. Aiman berasa bersalah. Kalau Sarah tak tahu perkara tu, … tapi , Syafiq pulak suruh rahsia kan… Macam mana ni ? Nak bagitau ke tak nak ni ?
      “Sarah … sebenarnya saya nak bagitau satu perkara ni. Penting jugaklah ..” Aiman mengetap bibirnya.
      “Bagitau jelah .. Saya mendengar ni ..”Sarah masih mengelap pipi Aiman.


      “Untuk pengetahuan awak, Syafiq … Dia mahu awak jauhkan diri dari dia. Dia bagitau saya yang dia ada penyakit yang agak serius jugak. Mungkin hidup dia tak lama.”
Kain lap yang dipegang oleh Sarah terjatuh. Sarah masih agak terkejut mendengar butir-butir bicara yang disampaikan oleh Aiman. Tanpa dia sedari , air matanya jatuh tanpa diminta. Sarah menekup mulutnya. Dia menangis semahu-mahunya dihadapan Aiman. Aiman yang melihatnya agak simpati pada nasib Syafiq. Sebenarnya, dia dan Syafiq agak rapat. Aiman sengaja memberitahu Sarah bahawa Syafiq tidak rapat dengannya.


      Masa Syafiq menumbuk mukanya dibilik Sarah, Syafiq sempat lagi berbisik padanya bahawa dia menghidapi penyakit yang agak serius dan dia mungkin tidak hidup lama. Aiman terkesima apabila mendengarnya.
       “Sarah … menangislah sepuas-sepuasnya.”Aiman mahu memeluknya tapi, dia masih tahu batas-batasnya. Walaupun mereka di Korea Selatan. Tapi, disebaliknya, Sarah memeluknya dengan erat. Sarah menangis sehingga merah mukanya.Aiman juga turut menangis.



Sarah dan Aiman balik ke asrama mereka bersama-sama. Mereka berdua membiarkan suasana sepi seketika.
Pin ! Pin !
Sarah begitu terkejut. Sebuah kereta hampir melanggarnya dan dia terjatuh diatas jalan raya. ‘Siot betullah kereta tak guna tu !!’

Sarah membaling botol mineral yang dipegangnya tadi ke arah kereta itu.Aiman tersengih melihat gelagat Sarah.Sarah merenung Aiman dengan pandangan tajam. ‘Apa yang lawaknya ?’


       “Yang kau gelakkan aku tu kenapa ? Aku terjatuh ni.. Kau tak nak tolong angkatkan ke ?” Sarah memuncungkan mulutnya.
Aiman menghulurkan tangannya.Sarah menyambutnya dengan baik dan secara tiba-tiba, kaki Sarah terseliuh. Sarah hampir terjatuh dan Aiman menyambut dan merangkul pinggangnya. Sarah dan Aiman bertentang mata. Muka mereka sangat hampir. Masing-masing berdiam diri.


       ‘Ah ! Kenapa dengan hati aku ni ? Macam nilah aku rasa bila aku dengan Syafiq. Takkanlah ?!’
       ‘Mak aih ! Dekat kot muka aku dengan Sarah ni ! Kalau ada orang tolak dari belakang , memang terkiss lah jawabnya !’
Sarah bangun semula tetapi, kakinya terasa sakit. Aiman pun berdiri semula dan membantu Sarah dan dia memapah Sarah.


       “Sakit ke kaki kau tu ? Jomlah , kita pergi klinik. Aku tengok kaki kau tu lebam pastu merah pulak tu ! Selalunya , bila kereta langgar orang, orang tu masuk hospital .. tapi, kau lain lah. Kereta langgar kau, lebam je .. memang dahsyatlah perempuan macam kau ni ! Ahahahahah !”Sarah malu. Dia memukul-mukul bahu lelaki itu. Dia geram melihat lelaki itu ketawakannya.


       “Seronoklah kau ek dapat ketawakan aku depan public !”Sarah memeluk tubuh.Aiman melihat sekeliling. Semua yang berada diluar rumah memandang ke arah mereka.
Aiman terdengar seorang budak lelaki berkata, “Ciumlah kakak tu abang !” Sebenarnya ayat tu dalam bahasa korea. Jadi, just translate kan je.

       “Wey, Sarah … tadi ada budak tu kata…”


       “Aku tahu. Aku dengarlah.”Sarah memandang ke arah lain bila Aiman memandang mukanya. Sarah merasakan mukanya sedang merah sekarang. Dia tidak mahu Aiman melihatnya.
       “Sarah ! Muka kau merahlah ! Malu eh ?”Tegur Aiman. Dia melihat muka Sarah yang sudah merah akibat budak kecil itu.
Sarah membisu. Dia sudah kehilangan kata-kata saat itu. Lidahnya kelu dan muka merah menahan malu ! Sarah masih tidak memandang Aiman yang berada disebelahnya.Aiman tersenyum nakal. Ada saja perkara yang nakal muncul dibenaknya.



       “Sarah … pandanglah aku ! Sarah ! Sarah ….. okey ! Kalau kau tak nak pandang aku, aku kiss kau depan public. Ramai orang ni ! Diorang boleh jadi saksi ..” Sarah terkejut. Ni ugutan ke apa ? Alah ~ Dia sengaja je tu, kalau dia kiss aku depan public, dia berani ke ? Buat tak tau je lah…
       “Aku kira dari satu dan ia berakhir dinombor tiga … kalau kau tak pandang jugak … taulah apa yang aku nak buat kat kau..”
Sarah masih memandang kesebelah kanannya dan dia tertarik pulak dengan pandangan itu. Segarnya udara !



       “Satu !”Jerit Aiman. Mereka masih berjalan di kawasan perumahan. Alamak ! Dia dah mula kiralah ! Hm … aku tau apa yang aku nak buat lepas dia kira sampai dua .. hehehe ..
       “Dua !”Jerit Aiman lagi. Kali ni, lebih kuat dari tadi. Sarah mula melangkah dengan laju dan dia berlari meninggalkan Aiman dibelakang.


       “Sarah ! Kau ! Aku kejar kau sampai asrama kau ! Siaplah kau !”Aiman menjerit dengan nada marah tapi, selepas itu, dia tersenyum sendiri. Sarah sempat menjelirkan lidahnya.
       “Aku gigit lidah kau tu karang ! Siaplah kau !”Aiman mula speedkan lariannya. Alamak ! Dia dah laju lah ! Matilah aku kalau dia dapat aku ! Lari ! Kaki, lari laju-laju !


Sarah mengeluarkan kunci dari poketnya dengan segera. Dia melihat Aiman hampir menghampirinya. Dia memulas tombol pintu itu dengan cepat, tetapi , tangannya direntap oleh Aiman. Sarah memukul bahu Aiman dan menyuruh Aiman melepaskannya.Aiman menggenggam tangan Sarah yang sedang memukulnya itu. Kini, kedua-dua tangan Sarah digenggamnya. Sarah menarik-narik tangannya tetapi, Aiman tidak mahu melepaskannya.



      “Aku nak mintak balasan tadi ! Kau tau tak ! Penat aku kejar kau ! Nasib baik aku tau asrama kau kat mana !”Aiman masih tercungap-cungap. Kesian pulak ! Apa yang dia minta ? Balasan ?
      “Balasan apa yang kau nak ?”Sarah memandang Aiman. Mereka bertaut mata. Aiman mendekatkan mukanya ke muka Sarah. ‘Takkanlah dia nak kiss aku ?Tak ! Aku tak benarkan !’
Sarah mengalihkan mukanya ke kanan. Aiman tersengih.
      “Oit! Sarah ! Aku bukan nak kiss kaulah ! Aku nak beritahu sesuatu !”Sarah termalu. Dadanya berdegup kencang. Tak mahu perasaan ni !
      “Habis tu ? Kau nak cakap apa ?”Sarah mengangkat keningnya.
      “Aku cintakan kau. Couplelah dengan aku !”Aiman menunjukkan muka manjanya. Sarah tersenyum kecil. Aduh !



      “Aiman …. Boleh tak … tolong lepaskan tangan Sarah ? Sakitlah !”Aiman melepaskan genggamannya. Tangan Sarah sudah merah. Kuat sangat ke pegangan tadi ?
      “Sorry, Sarah ! Tak sengaja ! Lupa pulak nak lepaskan…”
Aiman meminta maaf pada Sarah tetapi, Sarah memuncung.
      “Kenapa pulak ni ? Merajuk ke ? Meh lah Aiman pujuk !”Aiman memeluk Sarah tetapi, Sarah terlebih dahulu bertindak.Kalau dibiarkan, makin bertambah mianglah lelaki ni !
Sarah masih tidak bersuara. Merajuklah katakan…



      “Okeylah ! Kalau kau merajuk…aku kiss kau ! Aku serius kali ni ! Aku tak main-main ! Lagipun, tak ada orang lalu kat sini ..” Aiman tersenyum nakal.Meremang bulu roma Sarah. Dia sudah dapat menggagak yang lelaki itu pasti akan bertambah miang dengannya. Lagi pula, tempat itu sunyi sikit. Boleh berlaku apa-apa yang tidak dijangka.


      “Sarah nak masuk bilik dulu. Hm ..bye !”Sarah memulas tombol pintu biliknya. Aiman memegang lengan Sarah. Gulp !
      “Sarah …”Meremang bulu roma ditengkuk Sarah. Sarah memusing memandang Aiman tetapi, dengan terkejutnya, pipinya menjadi mangsa Aiman. Aiman mengucup pipinya buat kali kedua. Dadanya berombak kencang bagai kapal sedang mengharungi ombak laut yang sangat deras.
Mereka masih kaku dan bibir Aiman masih terlekat dipipi Sarah. Sarah berasa tidak selesa. Dia menolak badan lelaki itu.

      “Sarah … maaf…”Aiman bermuka sayu. Sarah tersenyum kelat dan mukanya merah saat itu. Aiman hendak tergelak melihat wajah Sarah yang sudah bertukar warna itu. Setiap kali dia bergurau nakal dengan Sarah, pasti mukanya berubah warna.Lucu lah Sarah ni !
      “Sarah masuk dulu … jumpa esok !”Sarah senyum..

Aiman berlalu pergi. Sarah memulas tombol pintu biliknya dan segera menutupnya. Dia menguncinya untuk keselamatan. Dia menghempaskan tubuhnya diatas katil.

BERSAMBUNG ...

Labels: